CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4060|Reply: 0

[Kedah] 500 pembeli tuntut pemaju siapkan projek Taman Residensi Mesra Fasa 1

[Copy link]
Post time 17-11-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode
500 pembeli tuntut pemaju siapkan projek Taman Residensi Mesra Fasa 1


Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 17, 2023 @ 3:29pm bhnews@bh.com.my




ADUN Gurun (tengah), Baddrol Bakhtiar ketika meninjau projek Taman Residensi Mesra Fasa 1 bersama pembeli. - NSTP/ NOORAZURA ABDUL RAHMAN




GURUN: Kira-kira 500 pembeli rumah di Taman Residensi Mesra Fasa 1, di sini, kecewa apabila impian untuk mendiami rumah sendiri belum tercapai hingga kini.

Projek perumahan itu sepatutnya siap dan diserahkan kunci kepada pembeli secara berperingkat bermula Mac lalu, namun sehingga kini tiada kemajuan dicapai selepas pembinaannya tertangguh akibat COVID-19.

Lebih malang pembeli terpaksa menanggung beban bayaran pinjaman perumahan antara RM900 sehingga RM1,500 sebulan sejak tahun lalu, ditambah dengan komitmen lain.

Pembeli, Mohamad Syazlan Fitri Zaidin, 28, mengakui bukan hanya terbeban dengan bayaran ansuran pinjaman perumahan hampir RM1,000 sebulan, malah lebih terpaksa pula menumpang di rumah orang tua kerana rumah sendiri belum siap.

"Saya beli rumah ketika baru berkahwin dan sekarang sudah ada anak, namun rumah masih belum dapat diduduki.

"Saya harap sangat rumah ini dapat siap segera memandangkan ada pembeli lain juga terpaksa menyewa rumah lain sementara menunggu rumah ini siap... banyak komitmen diperlu dibayar setiap bulan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pemaju perumahan di sini, hari ini.

Turut hadir Ali Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar.

Penjawat awam, Mohd Haniffah Hasan, 40, berkata beberapa perjumpaan dengan pihak pemaju dilakukan, namun tiada sebarang kemajuan.

"Saya beli rumah ini pada 2019 dan bayaran pinjaman dibuat tahun lalu... sebelum ini kita faham pemaju terpaksa tangguhkan pembinaan kerana pandemik COVID-19, tapi ia sudah berlalu dan sepatutnya projek rumah siap seperti dijanjikan.

"Sudah banyak kali janji, tetapi semuanya hanya tinggal janji," katanya.

Sementara itu, Baddrol memaklumkan pihak pemaju melalui perbincangan diadakan pemaju berjanji akan menyiapkan rumah terbabit Mei tahun depan.

"Kita doakan pembeli dapat kunci pada tarikh sepatutnya... pihak saya minta pemaju selesaikan masalah ini secepat mungkin dan jika masih gagal akan dibawa ke tindakan pihak atasan," katanya.

Pengarah Isaga Utara Sdn Bhd, Datuk Kang Hsuen Chiang, berkata status projek pembinaan 405 unit rumah teres setingkat dan 144 unit teres dua tingkat itu sudah di peringkat akhir dengan 90 peratus pembinaan siap, selepas tertangguh setahun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebagai pemaju, kita ada objektif sama dengan pembeli untuk siapkan rumah mampu milik ini," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.433940 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list