CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2930|Reply: 0

[Kedah] Mangsa ikut belakang jentera pembajak sambil serkap ikan

[Copy link]
Post time 18-11-2023 12:54 PM | Show all posts |Read mode

Anggota BBP Jitra melakukan operasi menyelamat membabitkan kanak-kanak lelaki OKU yang maut dipercayai digilis jentera pembajak. FOTO IHSAN BOMBA

Jitra: Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) yang maut akibat terkena bilah jentera pembajak di Sungai Korok, semalam dipercayai mengekori jentera sambil menangkap ikan menggunakan serkap dan kayu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menerima panggilan pada jam 6.30 petang semalam memaklumkan kanak-kanak terbabit meninggal dunia akibat terkena bilah traktor pembajak tanah di kawasan bendang di Kampung Kepala 10 Telaga Batu, di sini.

Beliau berkata, Muhammad Aiman Rosli, 11, yang juga OKU Intelektual adalah seorang yang hiper aktif serta pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Muda, Alor Biak di Sungai Korok.

"Sebelum kejadian, mangsa bersama rakan sebayanya dipercayai sedang mengekori rapat traktor pembajak pada jam 5.30 petang untuk menangkap ikan menggunakan serkap dan kayu.



"Mangsa dipercayai berada di bahagian belakang traktor manakala dua rakannya berada di bahagian depan.

"Pemandu jentera pembajak itu dikatakan sudah menegur mereka supaya menjauhi jentera terbabit tetapi tidak dihiraukan dan kira-kira 10 minit kemudian, pemandu terbabit melihat ke belakang dan mendapati kanak-kanak itu tiada lalu memberhentikan jentera itu serta mengangkat bilah ke atas," katanya di sini hari ini.

Rodzi berkata, hasil maklumat juga mendapati, mangsa dipercayai pergi ke kawasan bendang itu dengan menunggang basikal bersama dua rakannya itu dan terus turun ke dalam sawah mengekori jentera.

Katanya, pemandu jentera berusia 46 tahun itu ternampak kanak-kanak lelaki itu tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sudah meninggal dunia.

"Pemeriksaan luaran pada badan mayat mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat," katanya.

Rodzi berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Media semalam melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki OKU berusia 11 tahun dipercayai maut selepas digilis jentera pembajak di Sungai Korok, di sini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sambil-serkap-ikan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.315827 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list