View: 4204|Reply: 10
|
[Jenayah]
Melanggar Paten Milik Tempatan, Apple Kena Saman Dengan Syarikat Malaysia!
[Copy link]
|
|
Salutica Berhad merupakan syarikat pembuat komponen elektronik tempatan yang dikenali untuk produk-produk penjejak Bluetooth mereka.
Syarikat yang bertapak di Ipoh ini menjadi sebutan sejak kebelakangan ini kerana pada awal tahun lalu apabila mereka telah menyaman Apple kerana proses sambungan wireless padanya mirip seperti kandungan pada paten syarikat Salutica.
Difahamkan saman tersebut yang difailkan buat pertama kali di mahkamah Malaysia masih berjalan. Malah terkini, Salutica Allied Solutions Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Salutica Berhad telah menfailkan saman yang sama terhadap Apple South Asia Pte Ltd di Singapura baru-baru ini.
Saman ini difailkan kerana menurut Salutica Allied Solutions, Apple South Asia telah melanggar sebuah paten yang dimiliki syarikat tersebut, dan sedang cuba untuk mendapatkan injunksi untuk menghalang Apple daripada membangunkan dan menjual produk yang dilihat melanggar paten mereka.
Paten yang dikatakan oleh Salutica adalah berkenaan teknologi CrossPair mereka, yang digunakan didalam produk-produk seperti penjejak Bluetooth FOBO Tag dan FOBO Tire mereka.
Teknologi CrossPair ini membolehkan produk-produk penjejak mereka untuk digunakan bersama pelbagai peranti pintar sekaligus, melalui data akaun pengguna pada aplikasi terbina.
Salutica mengatakan bahawa SAS telah menghantar surat guaman kepada Apple South Asia pada 6 November melalui syarikat guaman Singapura Amica Law LLC mengenai isu pelanggaran paten ini.
Buat masa ini, nampaknya, Apple ataupun pihak Apple South Asia masih tidak memberi sebarang maklum-balas kepada Salutica mengenai saman ini. |
|
|
|
|
|
|
|
ni teknologi yang pakai kat Airtag ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 18-12-2023 05:41 PM
@dino Apple tersenyum sinis { ...
apo ni.. btw baru beli ipad… tiberr haha |
|
|
|
|
|
|
|
dee4ellese replied at 18-12-2023 08:28 PM
ni teknologi yang pakai kat Airtag ke?
apple ade byk patent.. possible je tech similar
mcm jepun dituduh patent tempe… yg patent depa proses hasil tempe. ao mcm tempe la dkt indon lain jepun lain.. rupa mcm sama ha gituh..
apple dah biasa dgn patent troll |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bagi tahu sound speaker Ipad Air sedap gila bunyi dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 18-12-2023 04:01 PM
dino replied at 18-12-2023 03:48 PM
apple ade byk patent.. possible je tech similar
mcm jepun dituduh patent tempe… yg patent depa pr ...
Apple bagi patent di pegang oleh company luar tempat depa invest... Sebab lari dari corperate tax.... Sekarang kena saman ini common di taiwan pun ada case begini tetapi bukan apple lah .... |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry I buta IT. Ni yang kita letak touch phone kita to another iPhone to transfer files tu ke. Bringing devices together. Tak payah guna AirDrop. Bukan ni ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|