CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9020|Reply: 79

[Jenayah] [Edisi Jarum Halus?] Ramai Tak Tahu, Yahudi Dah Lama Menetap Kat Penang!

  [Copy link]
Post time 18-11-2023 02:56 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Pernahkah anda terfikir bahawa orang yahudi mempunyai kubur di Malaysia ini? ya ada!

Terletak di Georgetown, penang, kubur yahudi merupakan kubur orang yahudi terbesar di Asia Tenggara yang dibuka pada tahun 1805 yang terletak di Jalan Zainal Abidin (Dahulunya nama jalan tersebut ialah jalan yahudi).

Sejarah yahudi yang lari dari Parsi ke India menuju Singapura dan kemudiannya ke Penang. Mereka lari dari satu tempat ke tempat yang lain disebabkan mereka khuatir dibunuh dengan pemerintah Parsi pada 1830an.

Di Eropah, orang yahudi dihalau sekitar abad ke-10 hingga abad ke-16, manakala di Sepanyol dan Portugal pula, mereka dihalau kerana orang yahudi mampu menyebabkan bahaya agama Katolik serta mampu monopoli ekonomi secara keseluruhan (Alhambra Decree, 1492).
Mengapa Orang Yahudi Menetap Di Penang?

Mengikut dari pedagangan British pada abad ke-19 sekitar tahun 1830, mereka membentuk komuniti pembuat jam dan merupakan ahli perniagaan kecil yang berkembang maju. Mereka pergi meninggalkan Malaysia selepas tanah melayu diisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1957.

Populasi yahudi di Penang kemuncak pada 1899, dengan itu mereka mempunyai permintaan untuk mempunyai kubur khas orang yahudi untuk menempatkan kaum mereka yang telah meninggal dunia. Manakala rumah ibadat yahudi iaitu Synagogue mula dibuka pada tahun 1929.

Kubur itu ditubuhkan oleh Gabenor British Penang pada 1805, iaitu Philip Dundas. Beliau juga merupakan seorang pegawai tentera laut Syarikat Hindia Timur Scotland, Presiden Lembaga Marin dan Penguasa Bombay.

Orang yahudi di Malaysia yang terakhir meninggal dunia pada tahun 2011 iaitu Mordecai David Mordecai atau lebih dikenali sebagai pakcik Mordy yang ditanam bersamping ibu bapanya di kubur yahudi Penang.

Disebabkan populasi yahudi menurun dengan drastik selepas Perang Dunia ke-2 dan ada yang berpindah ke Singapura dan luar negara, komuniti yahudi kekurangan jemaah untuk melengkapkan ritual keagamaan di Synagogue.

Oleh itu, rumah ibadat yahudi yang terakhir terletak di 28 Jalan Nagor ditutup selamanya pada tahun 1976 kerana kekurangan ahli ibadat iaitu kurang dari 10 orang.

“Menulis Buku Mengenai Orang Yahudi Terakhir Di Penang”

Zayn Gregory merupakan seorang penulis buku berkelahiran dari Michigan di Amerika. Beliau merupakan berketurunan yahudi dan telah memeluk agama islam pada usia 17 tahun serta beliau juga individu yang menulis buku mengenai orang yahudi yang terakhir yang menetap di Penang, Malaysia.

Zayn yang lahir di Amerika Syarikat dari ibunya berketurunan Yahudi dari Russia dan ayahnya dari Polish. Zayn kini telah berkahwin dan menentap di Kuching, Malaysia.

Beliau juga merupakan seorang pensyarah senior Alam Bina di UNIMAS dari tahun 2016 sehinggalah tahun 2023. Zayn telah menulis sebanyak 40 muka surat yang menceritakan sejarah awal Malaysia dimana orang yahudi dari Arab, Eropah dan India bermigrasi ke Tanah Melayu di dalam bentuk format visual yang menarik.

Apa-apa pun, tidak salah untuk kita belajar menambah ilmu mengenai sejarah-sejarah yang terdahulu yang melibatkan negara kita ini. Semoga negara kita dilindungi dari dijajah oleh individu yang tidak berperikemanusiaan.

Apa kata anda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2023 02:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2023 02:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2023 02:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 02:58 PM | Show all posts
org kita juga
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 04:14 PM | Show all posts
kita boikot batu ferringhi ke georgetown mcm ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau zayn ni idup, maknanya buku dan kubur last jew tu tak betui la.. anak2 dia considered jew ke dak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh dia ni lah bin gregory rupanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yahudi Road tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 18-11-2023 06:12 PM
Yahudi Road tersenyum sinis { ...

Suku Bani israel ke 13 yg hilang dari keturunan keturah dlm perjalanan ke negeri pahang tersenyum sinis. Ropernya sesat sampai ke goergetown
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 18-11-2023 08:43 PM
Suku Bani israel ke 13 yg hilang dari keturunan keturah dlm perjalanan ke negeri pahang tersenyum  ...

Keturah tu macam nama masakan...kerutub or Kurmak gituh.

Cuba suruh profesor Melayu link kan dgn nama masakan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang bukan semua jahat. Nature manusia, of coz lah ada yg baik ada yg jahat. Yang jadi masalah dunia ni yg kelompok pendokong zionism tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 18-11-2023 10:14 PM

Muka deyols macamana? Pacik mondy tentu bangga jadi lelaki yahudi terakhir.




Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kaitan letak muka 2 beranak tu?
Harap2 TT kena saman nnt
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-11-2023 04:24 PM
Kalau zayn ni idup, maknanya buku dan kubur last jew tu tak betui la.. anak2 dia considered jew ke d ...

Zayn masih hiduplah. Pacik mondy tu yg dah meninggal.


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang la. Dulu kan ada Lebuh Yahudi kat Penang. Takkan orang tak tau ada Yahudi dan synagogue dulu kat Penang? Satu ketika dulu pada abad ke-20, setelah Yahudi Penang tak dapat membentuk satu minyan (10 lelaki dewasa sebagai syarat minimum berjemaah), Yahudi dari Singapore naik ke Penang untuk mencukupkan jemaah. Tapi lama kelamaan mereka memilih untuk berhijrah saja memandangkan Malaysia pun tak berapa conducive untuk mereka. Yahudi rantau ni asalnya Mizrahi jews terutama dari kalangan Baghdadi jews. Contohnya David Marshall bekas ketua menteri singapore yang turut menyertai Tunku Abdul Rahman dalam rundingan Baling 1955. Saya pun kenal ada keluarga Sassoon di JB dulu. Mereka Baghdadi Jews. Nama Sassoon tu nama Baghdadi Jews yang sangat typical. Pada zaman moden selepas kemerdekaan singapore barulah lebih ramai Ashkenaz Jews yang duduk kat Singapore terutamanya lepas Singapore menjalin hubungan baik dengan Israel sebab Israel ni politik, ekonomi dan pentadbirannya didominasi oleh Ashkenaz Jews.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2023 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-11-2023 10:13 PM
Zayn masih hiduplah. Pacik mondy tu yg dah meninggal.

Sbb dia masih hidup la takleh ada buku the last jew..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Your war is against Zionism, not Jews.

Ke kau memang benci semua Jews di muka bumi ini?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-Author replied at 18-11-2023 06:57 AM

Ezekiel,

Manasseh,

nama nabi.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 18-11-2023 02:43 PM
Memang la. Dulu kan ada Lebuh Yahudi kat Penang. Takkan orang tak tau ada Yahudi dan synagogue dulu  ...

BBNU terpaling Palasten rasanya tak tau.

Yang kertu2 macam kita, tau la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.069122 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list