CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6965|Reply: 0

[Perlis] Nilai cadangan naik harga minyak masak paket elak ketirisan

[Copy link]
Post time 18-11-2023 03:27 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kangar: Mekanisme menaikkan harga minyak masak paket bersubsidi disifatkan sebagai salah satu langkah untuk mewujudkan ketelusan subsidi bersasar.

Malah, ia juga dapat mengelak berlaku ketirisan apabila minyak masak berkenaan akan dipek semula sebelum dijual sebagai minyak masak terpakai.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, pihaknya sedang menilai pelbagai aspek sebelum mekanisme itu dilaksanakan bagi memastikan subsidi dinikmati golongan yang disasarkan.

Menurutnya, kuota pengeluaran minyak masak paket adalah 60,000 metrik tan untuk sebulan sekali gus mencukupi bagi golongan B40 dan sebahagian golongan M40 yang terdiri daripada 5.8 juta isi rumah yang layak.



"Keperluan di rumah lazimnya sekitar 4.8 kilogram sahaja tetapi keperluan peniaga mikro yang menggunakan purata 400 paket sebulan bagi perniagaan mereka seperti penjual pisang goreng, keropok lekor mahupun penjual karipap.

"Jika dahulu, mereka mungkin menggunakan banyak kali minyak masak (sama) tapi oleh kerana minyak masak terpakai pada hari ini harganya lebih kurang RM3 hingga RM3.80, maka ia tidak perlu dikitar pakai banyak kali, tetapi ia dijual pula menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan.

"Mungkin disebabkan minyak seumpama ini sering dijual semula sebagai minyak masak terpakai sehingga berlaku ketirisan maka berkemungkinan menaikkan harga minyak masak ini dapat menjadikan subsidi bersasar itu dapat dinikmati oleh golongan sasar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jualan Rahmah Berganda di perkarangan sebuah pasar raya di Kangar Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, selain berkemungkinan menaikkan harga minyak masak paket bersubsidi, pihaknya juga sedang melakukan audit di seluruh negara berkenaan kegunaan minyak masak berkenaan.

"Audit ini dijangka akan selesai pada suku pertama tahun hadapan, dan barulah akan ada syor mengenai bagaimana tindakan seterusnya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aket-elak-ketirisan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.251438 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list