CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2993|Reply: 0

Woods kembali ke lapangan

[Copy link]
Post time 19-11-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

WOODS bakal beraksi di Cabaran Dunia Hero yang dianjurkannya di Bahamas. -AFP

Los Angeles: Bintang golf terkenal, Tiger Woods bakal beraksi di Cabaran Dunia Hero yang dianjurkannya di Bahamas, permulaan golf kompetitif pertamanya sejak Masters.

Juara utama 15 kali mengumumkan hasratnya itu di media sosial.

"Hos kejohanan @TigerWoods akan bermain di #Hero WorldChallenge 2023," tulisnya dalam satu catatan di Twitter, yang dijenamakan semula sebagai 'X' sambil menambah bahawa Justin Rose dan Lucas Glover akan melengkapkan 20 pemain untuk aksi yang bermula 30 November ini hingga 3 Disember ini di Albany, Bahamas.

Woods mengalami kecederaan parah di kaki dalam kemalangan kereta pada 2021 dan kembali beraksi di Masters 2022 di mana dia menduduki tempat ke-47.



Dia kemudiannya menarik diri ketika pusingan ketiga Masters pada April tahun ini dan menjalani pembedahan buku lali akhir bulan itu untuk merawat arthritis yang dikaitkan dengan kecederaan yang dialaminya ketika kemalangan 2021.

Woods yang berkongsi rekod kemenangan Jelajah PGA bersama Sam Snead yang usia 82 tahun, bergelut untuk berjalan di lapangan pada aksi empat pusingan itu sejak dia kembali daripada kemalangan itu.

Dia akan menjadi kedi kepada anak lelakinya Charlie dalam kejohanan 54 lubang itu acara pertama jelajah yang dimainkan di lapangan yang direkanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kembali-ke-lapangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.278363 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list