CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4131|Reply: 0

[Pulau Pinang] Saman itu hak masing-masing – Anthony Loke

[Copy link]
Post time 19-11-2023 02:01 PM | Show all posts |Read mode

ANTHONY LOKE




GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan keputusan untuk menyaman mana-mana pihak itu adalah hak masing-masing.

Sehubungan itu, beliau enggan melayan permintaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mencabar DAP memfailkan saman terhadap Barisan Nasional (BN) kerana mengaitkan parti itu dengan ideologi komunisme.

“Saya dah cakap tadi. Kita nak ‘sue’ (saman) siapa itu terpulanglah. Itu hak masing-masing.

“Sebab itu jugalah saya kata, saya takkan ‘sue’ Ahli Parlimen Kepala Batas (Dr. Siti Mastura Mohamad) kerana dia hanya dakwa saya ada hubung kait dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Dia (Guan Eng dan Kit Siang) Lim, saya Loke. Itu kena faham.

“Lagipun, apa yang dia dakwa iaitu sebagai sepupu itu tak beri konotasi negatif pun kepada saya untuk saman. Tapi, apabila dia kaitkan Lim dengan Chin Peng dan komunis, ini perkara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP 2023 Pulau Pinang di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura yang didakwa mengaitkan keluarga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dengan Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Dalam perkembangan lain, Anthony memberitahu, keputusan beliau untuk mencalonkan bekas Exco kerajaan negeri, Yeoh Soon Hin sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sebelum ini masih belum mendapat pengesahan.

Katanya, hal ini demikian kerana pencalonan itu perlu melalui beberapa proses sebelum boleh dimuktamadkan.

“Ya, memang saya calonkan Yeoh (Soon Hin) sebagai Pengerusi (SPPP) sebelum ini kerana beliau ada pengalaman sebagai Exco di Pulau Pinang.

“Sekarang adalah tempoh menunggu proses itu. Berapa lama masa yang perlu diambil (untuk memuktamadkan perkara itu) saya tidak pasti,” ujar beliau. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/terkin ... asing-anthony-loke/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.445800 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list