CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1633|Reply: 0

To Yo Ta bangga bekerja di Toyota

[Copy link]
Post time 20-11-2023 10:36 PM | Show all posts |Read mode
To Yo Ta bangga bekerja di Toyota




To Yo Ta diberikan nama itu oleh bapanya supaya dia mempunyai masa depan cerah seperti pengasas syarikat Toyota. – To Yo Ta



HANOI – Seorang lelaki di wilayah Gia Lai, Vietnam menjadi perhatian netizen kerana memiliki  nama To Yo Ta dan pernah bekerja di syarikat automotif Toyota, lapor laman berita VNExpress semalam.

Menurut To, 33, bapanya, To Van Ke, yang merupakan seorang mekanik kereta memberikan dia nama unik itu agar lelaki tersebut mempunyai masa depan cerah seperti pengasas syarikat Toyota, Toyoda Kiichiro.

Selain To, adik beradiknya juga diberikan nama unik iaitu To Co Ro Na (sempena nama Toyota Corona) dan To So Ny (sempena nama syarikat Sony). Hanya seorang saudara perempuannya diberikan nama biasa iaitu To Kieu My kerana ia diberikan oleh ibu mereka ketika bapanya jatuh sakit.

Meskipun tidak pernah dipengaruhi oleh bapanya, To mempunyai minat mendalam dalam bidang fizik dan permotoran sejak kecil.

Pada 2014, dia mula berkhidmat di syarikat Toyota dan bekerja di situ selama lapan tahun.

“Semuanya secara kebetulan,” ujarnya.

Selepas berkahwin pada 2015, To berhasrat menamakan anak-anaknya To Shi Ba, To San Yo atau Hi Ta Chi, namun dia bertukar fikiran dan memberi nama biasa kepada dua anak perempuannya.

Pada awal tahun ini, To berhenti bekerja di Toyota dan memulakan perniagaan sendiri untuk  melatih kakitangan industri automotif. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -bekerja-di-toyota/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048794 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list