CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16330|Reply: 97

Epilog Sebuah Perkahwinan-[U]

[Copy link]
Post time 18-2-2011 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jaza2008 at 18-2-2011 17:20

Anuar terkebil-kebil memandangruang tamu yang berwarna ungu lembut. Sejak tadi jari jemarinya terasa sejukibarat berada didalam peti ais. Suasana yang tampak meriah tadi bagaikanberansur pergi. Duduk dihadapannya kini wajah Pakcik Zamri dan Makcik Nia.Sejak kedatangannya tadi tidak dinafikan, dia disambut dengan rasa sopan danditerima baik oleh kedua orang tua Zira. Wajah tenang pakcik Zamri dankelembutan yang terlukis di wajah makcik Nia membuat hatinya yang resah sejakmula kembali reda. Itu yang membuat hatinya menebak yang dia pasti dapatmemiliki kekasih hatinya dengan restu orang tua Zira.


Selesai dijamu makan tengahari,Anuar dibawa duduk diruang tamu. Yang membuat hatinya mula tidak selesa Zira dipanggilduduk sama. Ini semua arahan dari ayah Zira.


“Dah lama kenal Zira?” itumukadimah pertama yang keluar dari bibir pakcik Zamri.

         

          “Lama jugapakcik, hampir 3 tahun.” Ada getardisuara Anuar.


“Lama juga? Tak pernah pun Zira cakapapa-apa.” Duga ayah Zira. Pandangan Anuar  jatuh pada Zira dan kemudian pakcik Zamri.Terkesan kerutan di dahi ayah Zira. Anuar sudah merasai peluh sejuk mengalir dialurtulang belakangnya.


“Bukan tak nak cakap bah, Cumadalam jangka masa tu kami saling mengenali hati budi masing-masing.” Senyumandibibir Zira membuat Anuar kembali tenang. Pakcik Zamri tersenyum sama. MakcikNia hanya bertindak sebagai pemerhati. Tiada satu suara pun yang keluar daribibirnya. Riaknya tidak dapat diteka kerana kelembutan dan ketenangan yang dipamerkansukar untuk mentelaah hatinya.


“Jadi dah lebih kenallah ni?”Pakcik Zamri mengusik.


“Ermmm….” Anuar sudah mengelabah.Zira dah tersenyum sumbing.


“Ayang ada nak cakap apa-apa ke?”Pakcik Zamri mengalih pandangan kepada makcik Nia.


“Ayang nak cakap sikit.” Hanya ituyang keluar dari bibir makcik Nia. Anuar nampak Zira dah kembali mengemaskanduduknya. Wajahnya pucat semacam. Pakcik Zamri hanya terdiam. Tiada senyumanmesranya lagi. Anuar sudah mula tak sedap hati. Iyalah dengan pakcik Zamrisudah terasa kemesraannya tetapi bila makcik Nia bersuara semuanya jadi senyapsepi. Macam dalam bilik mesyuarat menunggu CEO membuka kata gamaknya.


“Makcik nak tanya satu soalan sajadengan Anuar.” Kata-kata makcik Nia tetap tenang terluncur tetapi yang pasti hatiAnuar yang tidak tenang. Anuar sempat memandang Zira dan kelihatan Zirabenar-benar dalam kekalutan. Memang Zira ada bercerita tentang mamanya.Bercerita perihal sikap makcik Nia yang tidak banyak karenah dan lembut melayananak-anaknya tetapi dalam rumah semua orang amat takut kalau makcik Nia membukamulut. Menurut Zira, mamanya bukan queen control abahnya tetapi sekali makcikNia berkata abahnya pun boleh terdiam. Mamanya bukan jenis yang mudah marahtetapi jika dia ingin menegur akan dipanggil anak-anaknya satu persatu masukkedalam bilik. Itu yang paling ditakuti oleh adik-beradik Zira yang seramai limaorang. Apa yang terjadi dalam bilik itu tidak pula Zira bercerita lanjut tetapiyang pasti mereka takut mengadap makcik Nia dalam bilik tidurnya. Jadi Anuarmengambil keputusan orang yang sebegini lagi amat digeruni.


“Apanya makcik?” dalam gementarAnuar memberanikan bersuara. Lembut suaranya bagi mengatasi ketegasan bicara makcikNia.


“Tadi kamu berdua sebulat suaramenyatakan bahawa kamu berdua mengambil masa hampir 3 tahun untuk mengenalihati budi masing-masingkan?” mata makcik Nia terarah kepada Anuar. Tiba-tiba jeAnuar rasa kerongkongnya terasa kesat bagaikan ada pasir.


“Betul ke Anuar? Betul ke Zira?”sekali lagi Anuar tercekik. Zira dah tak tahu rupa apa. Diam tidak berkutik.Pakcik Zamri hanya memandang. Tiada niat hendak menyampuk kerana beliau tahuapa yang makcik Nia buat pasti mempunyai alasan yang tersendiri. Rumahtanggayang dibina hampir 3 abad menjadikan dia sudah masak segala liku-likunyadidalamnya.


“Betul ma!” Hampir tak kedengaransuara Zira menyiakan pertanyaan makcik Nia.


“Anuar?” pandangan makcik Niaterarah kepada Anuar. Walaupun pandangan itu tidak mengandungi api yang membaratetapi bagi Anuar pandangan itu bagaikan sedang membakarnya rentung.


“Betul makcik. Kami ambil masauntuk mengenali diri masing-masing supaya bila dah kahwin nanti tiada yangterkilan.” Luah Anuar sambil memandang Zira.

                        “Jadi!kalau begitu, sebelum makcik memberi kata putus berkenaan hubungan kalianberdua. Makcik nak tanya satu saje. Bagi kamu Anuar yang akan menjadi ketuakeluarga dan akan mengepalai sebuah rumahtangga. Apakah maksud sebuahperkahwinan?” lancar makcik Nia mengeluarkan kata. Tercengang Anuar bila mendengar soalan taraf UPSR yangdiajukan padanya. Terasa nafas ditarik legakerana baginya itu adalah soalan yang lazim ditanya oleh masyarakat. Semasakursus perkahwinan yang dihadiri dulu pun sudah menerangkan erti sebuahperkahwinan. Ingatkan nak tanya berapa simpanan Anuar dibank atau berapa ribu duithantaran Anuar nak beri pada anaknya Zira.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2011 05:15 PM | Show all posts
“Anuar!” terkejut Anuar bila namanya diseru agak menaik nadanya.

“Maaf makcik.” Air liur mula memekat bila namanya diseru sedemikian rupa. Makcik Nia masih memandangnya. Menanti butir bicaranya.

“Bagai saya sebuah perkahwinan itu bererti dua insane yang berlainan jantina bersepakat untuk memulakan hidup.” Lancar Anuar  meluahkan pendapatnya.

“Kenapa perkahwinan itu diwujudkan?” tanya makcik Nia sambil memandang Zira.

“Untuk mengelakkan maksiat.” Zira segera bersuara untuk membantu Anuar.

“Lagi!” makcik Nia mengeluarkan lagi pertanyaannya.

“Untuk menambahkan umat Muhammad.” Anuar pula mengambil peluang menyatakan pendapatnya. Dah macam sesi temuduga. Pakcik Zamri hanya tersenyum memandang sambil mengelengkan kepalanya. Makcik Nia masih tenang.

"Lagi!" sekali lagi makcik Nia bertanya.

“Untuk memenuhi keperluaan batin.” Dalam suara yang gementar Anuar mengeluarkan hujah. Zira dah termalu. Rona pipinya dapat dilihat sudah kemerahan. Pakcik Zamri menahan senyum dan manakala makcik Nia mengeleng kepala. Kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 05:17 PM | Show all posts
Reply 1# Adilla


    Sya, ni cerpen ke novel? Umum kan? nak kaler tajuk dan kategori....
bagus la sya ni...muncul2 je ada buah tangan baru....
apa citer dgn umah Abg Khai & Kama dan Umah Zamri dan Yasmin tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2011 05:18 PM | Show all posts
Reply  Adilla


    Sya, ni cerpen ke novel? Umum kan? nak kaler tajuk dan kategori....
bagus l ...
Jaza2008 Post at 18-2-2011 17:17


Ni cerpen pendek saje. Sya tak kisah color apa2 pun. Rumah2 tu tgh dalam perbinaan. Sedang berusaha menaikan jari jemari ni kembali. Thanks Jaza...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 05:21 PM | Show all posts
Reply 4# Adilla


    good luck sya... kalau idea bertambah dan leh dipanjangkan lagi bagus dan kita tukar ke versi novel lak....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 05:22 PM | Show all posts
ada citer baru dari dilla...
best3..nanti sambung lagi ya dilla??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2011 05:22 PM | Show all posts
I like!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 06:32 PM | Show all posts
ye ye..
kak sya ader citer baru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 11:51 PM | Show all posts
crita baru sya....

gelabah jee anuar
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 12:08 AM | Show all posts
nak n3..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 08:12 AM | Show all posts
erkkk knp makcik nia geleng kepala ni sya ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 09:11 AM | Show all posts
best2 ada cite baru dari adilla... selamat menulis untuk kami di sini
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 09:35 AM | Show all posts
yea2..cite baru..
ingat senang nk kahwin..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 12:46 AM | Show all posts
Reply  Adilla


    Sya, ni cerpen ke novel? Umum kan? nak kaler tajuk dan kategori....
bagus l ...
Jaza2008 Post at 18-2-2011 17:17



    hehe, kenapa soalan jaza tiba2 kurasa macam soalan makcik nia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2011 09:16 AM | Show all posts
“Lagi!” Makcik Nia masih bertanya. Anuar sudah kering idea. Kalau diikutkan dalam apa yang dibacanya hanya itu jawapan yang pasti. Hanya itu jawapan yang sering diberikan oleh penceramah jika ada pertanyaan sebegini. Apa yang hendak diberikan lagi. Tak sangka makcik Nia ni nak tanya sebegini pula.

“Ermmm..untuk memelihara perhubungan.” Akhirnya tanpa idea Anuar mengeluarkan pendapatnya yang terakhir.

“Hubungan apa?” makcik Nia mengemaskan duduk dan mulutnya masih melontarkan peluru.

“Hubungan suami isteri.” Zira menyampuk. Anuar menghulurkan ucapan terima kasih melalui kelipan matanya.

“Kalau hubungan suami isteri bagaimana bentuknya?” makcik Nia masih menerjah. Aduhhhh…Anuar dah kehabisan kata. Zira dah menunduk. Takkan mama tak tahu hubungan suami isteri tu bagaimana.

“Anuar!” sekali lagi namanya disebut bila dia mengambil masa hendak menjawab.

“Errrrmmmm…” lidah menjadi kelu. Anuar dah kelu seribu bahasa. Mata dah tawaf seluruh ruang tamu ni tetapi jawapan masih tidak ketemu.

“Zira!” nama Zira yang naik membuat Anuar tergamam sama. Memang mama Zira ni tak beri peluang pada mereka berdua. Keyakinan Anuar yang 100% turun ke tahap 5%. Dapat dirasakan cintanya pada Zira dalam situasi cinta terlarang. Lama ruang tamu itu membisu. Melihat pada pertempuran ini, agaknya dinding pun takut nak bercakap. Makcik Nia masih duduk disofa berangkai dua manakala pakcik Zamri disofa utama.

“Memang jawapan yang diberikan oleh kamu berdua ini betul.” Makcik Nia memecah kesunyian. Anuar dah menarik nafas lega. Zira sudah terukir senyuman manakala pakcik Zamri mengemaskan pelukan tubuhnya.

“Tetapi…” perkataan yang disambung oleh makcik Nia membuat nafas Anuar kembali ketat. Senyuman Zira dah terkulat.

“Tetapi apa ma?” Zira bagaikan tidak sabar. Jelingan mata makcik Nia membuat Zira tertunduk kelu.

“Jawapan dan alasan dari kamu berdua pada mama tidak menepati apa yang mama hendak.” Makcik Nia sudah bangun dari tempat duduknya.

“Maksud makcik?” tanya Anuar tidak sabar.

“Jawapan yang kamu berdua berikan adalah jawapan yang sudah bersepah-sepah diluar sana. Makcik mahu jawapan yang memberi erti pada sebuah perkahwinan. Bukan yang dilelong di media-media dan di kutubkhanah.” Dalam maksud yang diberikan oleh makcik Nia.

“Apakah jawapan yang patut kami berikan makcik?” Anuar memberanikan diri bertanya. Lemah nadanya bagaikan sudah menyerah kalah.

“Baiklah. Makcik akan beri satu bulan kepada kamu berdua untuk memberi jawapan yang tepat dengan apa yang makcik tanyakan tadi. Jawapan itulah akan dilandaskan pada jawapan yang akan makcik berikan untuk perhubungan kamu berdua.” Lancar makcik Nia berkata. Anuar dah tak senang duduk. Zira dah mula hendak menangis. Jika jawapannya tidak menepati seperti yang dikehendaki mamanya, maka hubungan ini akan terputus. Kasih sayang dan cintanya pada Anuar akan terkulai. Bertahun menyemai rasa takkan dengan semudah itu hancur segalanya. Zira masak benar dengan perangai mamanya. Sudah tahu jalan aturnya. Sekali berkata nokhtah jawapanya.

“Mama!” hanya itu yang dapat diluahkan. Zira tahu kalau dia bersuara lagi pasti airmata mengiringi setiap butir bicara.

“No Zira! Jika soalan yang senang pun kamu berdua tak dapat jawab, bagaimana nak berkahwin dan menyelesaikan masalah jika ada?” hanya itu yang Anuar sempat dengar. Dia bagaikan dah hilang deria pendengaran. Tak tahu apa yang dibicarakan anak beranak ini. Hatinya keluh dalam resah. Tak mungkin semudah itu dia hendak menyerah kalah. Hanya pada soalan yang baginya setaraf UPSR.

“Ayang! Kenapa nak buat begini?” Akhirnya pakcik Zamri bersuara. Lembut memujuk. Cuba menyelamatkan budak berdua ini. Yang lebih tepat hubungan anaknya dan kalau jadi bakal menantunya. Walaupun dia tahu isterinya mempunyai sebab tersendiri tetapi sebagai bapa dia tidak mahu anak sulungnya menganggap perkahwinan itu satu masalah baginya dan membuat mereka yang hendak melangkah ke gerbang ini takut untuk memasuki fasa yang baru.

“Ayang tahulah apa yang ayang buat bang. Kalau budak berdua ini sayang dengan hubungan mereka, pasti mereka berusaha mencari apa yang ayang mahu. Harap abang faham kehendak ayang.” Lembut Makcik Nia berkata. Tangan makcik Nia segera menyentuh lengan pakcik Zamri yang masih memeluk tubuh. Dari nada tegas bila bercakap dengan Anuar, nada itu bertukar seakan memujuk pakcik Zamri pula. Tetap menaikkan martabat pakcik Zamri sebagai suami. Kalau pasangan lain, mungkin nada lentingan yang dapat didengar.

“Baiklah! abang faham. Jadi Zira, abah tak dapat tolong apa-apa. Begitu juga Anuar, apa yang pakcik boleh cakapkan ‘Good Luck’.” Akhirnya pakcik menyerahkan segalanya pada makcik Nia.

“Anuar! Ingat satu bulan dari tarikh ini, kamu jumpa makcik dan pakcik bersama jawapan.” Tegas saja bunyinya.

“Baiklah makcik. Saya minta diri dulu.” Anuar sudah hilang upaya untuk berkata. Baginya tiada guna dia berada disini jika menambah berat didadanya. Zira hanya diam membisu. Tiada kata untuk melonjak semangatnya.

“Minumlah air tu Nuar. Jangan malu-malu.” Anuar kembali terkedu. Senyuman dan kemesraan yang ditunjukkan oleh makcik Nia membuat dia terfikir sebaliknya. Tadi kata-kata makcik Nia umpama kerikil-kerikil kecil yang dipijak dan melukakan hatinya tetapi kini ia berubah menjadi air yang menitik keatas kerikil tersebut.

“Terima kasih makcik! Pakcik!” bergegar piring cawan yang dipegang oleh Anuar. Terbias rasa gementarnya.

Selesai menghabiskan air kopi pekat itu Anuar segera memohon diri. Tidak sanggup berlama disini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 02:35 PM | Show all posts
wahhhhhhhh..syaaa...kalah soalan nak interview keje...
mak ai...nasib baik ler..time aku kawen..tak kena soal cam ni...kalo tak..mau tak kawen kawen lagi kot...

WELCOME BACK... SYA
...sila sila exercise kan jari jari anda disini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2011 02:38 PM | Show all posts
“Lagi!” Makcik Nia masih bertanya. Anuar sudah kering idea. Kalau diikutkan dalam apa yang dibacan ...
Adilla Post at 21-2-2011 09:16
kutubkhanah.....agak-agak budak sekolah zaman sekarang faham tak perkataan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 02:41 PM | Show all posts
kutubkhanah.....agak-agak budak sekolah zaman sekarang faham tak perkataan ni?
cmf_blingblings Post at 21-2-2011 14:38


soalan yg menarik...nanti kena tanya anak aku tu...

cuba tanya mek jinggg....mana mek jingg..lama tak nmpk..dah bersara ke....atau dah kena kuarantin tahun ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 02:49 PM | Show all posts
soalan yg menarik...nanti kena tanya anak aku tu...

cuba tanya mek jinggg....mana mek ji ...
kaypo Post at 21-2-2011 14:41
aku yakin anak aku tak tau kecuali dia google
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 02:52 PM | Show all posts
aku yakin anak aku tak tau kecuali dia google
cmf_blingblings Post at 21-2-2011 14:49


samalah ngan anak aku tu.......
menunjukkan betapa antiknya penulis ni...seantik ngan kita yg tahu perkataan khutubkhanah......ilmu hisab..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.642294 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list