CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 568|Reply: 0

Peluang Martin buru gelaran MotoGP terbuka selepas menang Sprint

[Copy link]
Post time 26-11-2023 10:26 AM | Show all posts |Read mode

JORGE Martin tekad memburu gelaran dunia MotoGP selepas muncul juara perlumbaan Sprint di Valencia.

VALENCIA, Sepanyol – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin membawa momentum terbaik dalam misi memburu gelaran dunia MotoGP 2023 selepas melakar kemenangan pada perlumbaan Sprint di Grand Prix (GP) Valencia sebentar tadi.

Walaupun memulakan saingan di petak keenam, namun pelumba Sepanyol itu berpegang teguh dengan misinya untuk memenangi perlumbaan Sprint dan ia membuahkan hasil apabila dia berjaya memastikan 12 mata menjadi miliknya.


JORGE Martin meraikan kemenangan selepas muncul juara perlumbaan Sprint di GP Valencia.

Kemenangan tersebut sekali gus menghidupkan peluang Martin untuk memburu gelaran dunia MotoGP selepas dia kini hanya ketinggalan 14 mata dibelakang Francesco Bagnaia selepas seteru utamanya dari Ducati itu sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Kini perebutan gelaran dunia MotoGP semakin mendebarkan apabila Martin dan Bagnaia akan mengheret pertarungan terakhir MotoGP tersebut malam esok.

“Saya mengambil risiko dengan menggunakan tayar jenis lembut pada bahagian belakang. Saya bekerja keras untuk muncul juara pada hari ini.

“Ini menunjukkan bahawa esok saya boleh menang jika menggunakan tayar yang betul,” kata Martin.




Pada perlumbaan tersebut, tempat kedua menjadi milik pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder dan Marc Marquez (Honda) tempat ketiga.

Martin yang telah memenangi perlumbaan pecut buat kali kesembilan musim ini berpeluang untuk muncul juara jika dia menang esok dan perlu mengharapkan Bagnaia terajuh atau sekadar menamatkan saingan dikedudukan kelima atau keenam kebawah.-KOSMO! Online.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... epas-menang-sprint/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.050243 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list