CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19280|Reply: 17

Nurse Pencen Sindir Wanita Bagi Anak 11 Bulan Makan Nasi Lembut "Ibu Tak Bijak, Patut Bagi Bubur Letak Gula, Roti Cicah Milo"

  [Copy link]
Post time 1-12-2023 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita sanggup berhenti kerja kerana mahu membesarkan sendiri anaknya yang masih bayi.


Namun usahanya dipertikaikan oleh ibu saudaranya yang merupakan seorang jururawat, sehingga membuatkan dia berkecil hati.





Gambar Hiasan





"Saya seorang ibu dan anak saya baru sahaja berusia 11 bulan. Nak dijadikan cerita kelmarin saya pergi ke rumah mak saudara saya untuk melawat suaminya yang baru sahaja keluar dari ICU.


"Tiba waktu petang, saya menjalankan rutin saya seperti biasa menyuap makan petang pada anak saya. Bekal yang saya bawa waktu itu ialah nasi goreng butter dan salmon.


"Nasi yang saya kukus sedikit lembut berbanding nasi butir yang kita makan harian lepas tu digoreng seperti biasa macam menu anak anak lain.


"Tiba-tiba makcik saya yang dahulunya seorang nurse (20 tahun sudah mungkin), bertanya 'kenapa bagi anak makan nasi, bagilah makan bubur'.


"Saya pun dah terangkan yang saya juga ada belajar ilmu bab makanan anak, bukan saja setakat membaca, banyak sumber sumber lain juga. Paling penting saya dah consult pada doktor dan nurse semasa check-up anak setiap bulan," luahnya.


Dia pada mulanya enggan mengambil hati dan menganggap kata-kata ibu saudaranya itu sebagai satu nasihat.


Namun selepas satu tindakan yang dilakukan oleh ibu saudaranya yang seolah-olah satu provokasi, dia tidak dapat menyembunyikan rasa marah terhadap wanita berkenaan.


"Esok paginya, selesai saya bersiap untuk pulang. Saya dan anak keluar sahaja dari bilik, dengar dia panggil kami.


"'Meh (mari) uwan suap roti cicah milo'. Saya tak tahulah niat dia untuk menyakitkan hati saya atau apa sebab nadanya macam nak sangat tuju pada saya.


"Sedangkan dia tahu penerimaan saya tentang hal yang semalam tu saya tak boleh terima. Bukan itu saja, dia siap masakkan bubur untuk anak saya campur carrot dan gula.


"Lepastu paksa-paksa nak suap anak saya. Saya terus masuk kereta untuk pulang," kongsinya.


Disebabkan apa yang dilakukan oleh ibu saudaranya itu benar-benar memberi kesan, dia mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada wanita tersebut bagi menerangkan isi hatinya serta meminta maaf.


"Tapi lagi menyedihkan hati saya, apa yang dia reply langsung tak seperti saya harapkan. Malah saya disekolahkan lagi.


"Katanya saya ni ibu yang tak bijak, tak boleh ditegur. Nanti pasti anak ikut perangai saya yang tak boleh ditegur. Katanya lagi sepatutnya saya dengar nasihat orang tua, bukan bermasam muka apabila ditegur.


"Allahuakhbar sampai ke hari ni saya menggosok dada... sakitnya tak tahu nak gambarkan dengan kata.


"Sebelum lahirnya anak lagi saya gigih belajar bab bersalin, menyusu, cara tidur anak. Tapi apakan daya. Segala usaha sering dipertikaikan.


"Saya merayu kasihanilah para ibu yang sedang belajar mendidik dan mencorak anak masing-masing. Tiada ibu di dunia ni yang sempurna tapi pasti ingin buat sehabis baik untuk anaknya," luahnya lagi.


Luahan wanita berkenaan di Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) mengundang perhatian warga maya yang turut sama berkongsi pengalaman hampir serupa.


Malah rata-rata di antara mereka menitipkan kata-kata semangat buat wanita berkenaan dan para ibu yang lain agar terus melakukan yang terbaik buat anak masing-masing.


"Saya dah pernah rasa macam tu tapi saya biarkan. Nanti lama-lama mereka diam sendiri. Yang penting kita saja tahu anak kita macam mana.


"Kalau saya, jawab je 'ohhh ye ke' kemudian pekakkan telinga. Malas nak berbalah.


"Dia jururawat lama atau dah pencen? Cara pemikiran kuno... toksik sangat. Abaikan saja, itu anak awak, bukan anak dia," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 11:16 AM | Show all posts
terpaling nurse..aku syak ni Sister muka teging kalau treat patients
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
alah.. makcik tu pun dah tua.. ko layankan jer la.. lgpun dia dah siap masakkan bubur utk anak ko pun. susah bila semua rasa terpaling emak2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 3-12-2023 07:12 AM
alah.. makcik tu pun dah tua.. ko layankan jer la.. lgpun dia dah siap masakkan bubur utk anak ko pu ...

Kannn, .... Kalau I lah kan, angguk2 je, sesambil bertanya petua2 orang lama. Nak terima atau tak, belakang kira. Bukan lama pun, sehari dua je kat rumah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Takyah amik hati la dgn org tua . Ko takkan menang laa. Masuk telinga kiri keluar ikut telinga kanan je
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 10:55 AM | Show all posts
kalau aku takde la nak msg balik bagitau isi hati ke apa..aku lantak kan je.. anak aku bukan anak kau, kalau sakit aku jaga bukan kau..tu je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2023 11:50 AM | Show all posts
layan kan aje....iya kan aje...usah nak bertekak....tp tang nak bg ayaq milo cicah roti tu...selagi x masuk mulut anak...usah la nak amik hati....

amik bubur yang dia masak ckp nak bawak balikk....x nak bg baby mkn suh laki yang tolong mkn....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 11:53 AM | Show all posts
Makcik pun over benor siap masakkan pastu nak sua2 jugak. Lantak dia la anak dia.  Dua2 pun at fault kat sini, mak budak pun patut bila org tua cakap, ye kan je sebab diorg ni lagi kuat degilnya (Lawak gak dia cakap org takleh ditegur, dia pun sama jugak lol). Tak payah explain yg awak pun dah belajar dari itu ini, dia akan tetap kata semua salah kecuali dia. Since dia dah masakkan tu, amik je la hati dia sikit, suapkan kat anak. I'm sure makcik tu meant no harm gak. Kalau tak nak sangat anak kau makan bubur tu, belakang makcik tu kau suap la ke mulut sendiri kan senang cite, takyah sakit2 dada belakang2 cite.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 04:39 PM | Show all posts
udah bubur buh carrot pastu buh gula? yuckss rasa apa dik. leluhur konoha kah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:16 PM | Show all posts
Pelik-pelik tips yang diberikan ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Serba serbi tak kena.
Mak budak ni kena tahu yg ramai org dlm masyarakat kita ni memang sentiasa tak cukup, sentiasa resah, sentiasa risau, sentiasa kepoh.
Buat pekak je.
Apehal lak kau heboh sgt pi mesej dia apologize bagaii.
Tak perlu pun.
Teruskan je lah kehidupan dgn jalan yg she ols pilih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 3-12-2023 07:22 PM
Kannn, .... Kalau I lah kan, angguk2 je, sesambil bertanya petua2 orang lama. Nak terima atau tak, ...

Kannn. Ini namanya, pandai2 bawak diri. Pandai2 la. Iyekan je apa org tua kata, belakang dia, buat cara kita.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:13 AM | Show all posts
Kalau mama.. mama xmsj dah.  kan jadi panjang kisah, yg hg pi msj2 dia pulak buat ape?  Hg ada stand, dia pun ada amalan dan pengalaman dia sbg nurse katanya.  Berlaga laa kepala angin hg dok msj2 dia... ermmm.  

Angguk2 pastu blk, bukannya duduk sekali.  Mmg lah xsama cara amalan dulu2 didik anak ngan kita zaman skrg ni... Tapi xperlu nak panjang2... take it or leave it.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat bubur arwah tok i buat untuk my lil sister dulu.. bawang merah potong dadu lecik-kecik, daging potong halus nipis tumis dengan butter. Baunya semerbak... sedapnya.

*Daging tu sheols buat untuk naikkan bau. Biasanya daging yang tua-tua ambik buat ratah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 08:11 AM | Show all posts
org tua ni sng je, hang angguk2  lepas tu buat2 la concern..oh yer...ohhhh.....ohhhh...betul xbetulblkg kira...hormat jela pandangan dia...nak betulkan pon da terlambat....kalau dia tegur hang cakap jela bukan selalu bagi lauk mcm ni...dia pon suka dan buat mas ani semua yg kita refer approve dan anak xda masalah...tp ckp la dgn cara beradab....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 01:03 AM | Show all posts
Ni klau kat FB, dh brjela2 komen2 dri para2 pompuan yg kononnya mnghadapi msaalah yg sma hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 3-12-2023 07:12 AM
alah.. makcik tu pun dah tua.. ko layankan jer la.. lgpun dia dah siap masakkan bubur utk anak ko pu ...

Itu la pasal. Dah tau org tu org tua siap refer panggilan nenek, tp bodow gigih pegi educate rentua tu. Patutnya masa mula2 tu lg anggukkan aje. Ckp la “o yeke, ok ok” diam la rentua tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku klu makcik aku ckp mcm ni x de la sakit hati sgt..lain ipar duai ke mak mertua ke..dh kawen je terus makcik2 dh mcm.adek beradek dh jd geng..walopn masa kecik2 dulu selalu gaduh n myakitkn hati!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.080877 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list