CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18063|Reply: 4

Beli Sayur Daripada Nenek Tua, Sakit Mata Bila Tengok Ada Pelanggan Tergamak Minta Diskaun

  [Copy link]
Post time 1-12-2023 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita menegur sikap pelanggan yang gemar meminta potongan harga daripada peniaga kecil.


Peniaga kecil kebiasaannya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan perlu meraih keuntungan setiap hari.


"Saya berniaga di pasar, ada satu hari tu seorang pelanggan ni datang ke gerai nenek yang jual sayur di belakang lot saya.





Gambar Hiasan





"elanggan tu beli daun timun RM2 seikat dan kacang panjang RM2 seikat, makanya jumlah RM4, tapi pelanggan tu minta kurang jadi RM3. Saya macam terkejut, adakah RM4 itu tidak cukup murah?


"Nenek tu jual sayur bagi menampung kehidupannya tau, untuk beli makanan ruji beras, gula, garam buat dia dan suami. Dia cuma ada seorang anak je, itu pun anak angkat kerana tiada rezeki untuk ada zuriat sendiri.


"Si anak tu pula baru habis sekolah, sekarang tengah kerja biasa-biasa, masih belum dapat support nenek dan datuknya," ujar wanita berkenaan.


Wanita itu seterusnya menceritakan bahawa perniagaan warga emas tersebut mempunyai pasang surutnya.


"Nenek tu kalau ada rezeki, habislah sayurnya, akan terukir senyuman di bibir kecilnya. Dia cakap duit tu boleh buat beli makanan sikit nanti.


"Kalau ada hari yang tak habis, dia sedekah dekat kami, tapi kami tak sampai hati, kami hulur juga duit dekat nenek tu. Kesian kami tengok nenek tu.


"Angkat sayur pun sendiri, datang ke pasar nak jual pun tumpang kereta orang," katanya kesal.


Wanita berkenaan kemudian menyoal jika pembeli berani minta diskaun ketika membeli belah di pasar raya terkemuka.


"Kalau kita shopping di mall yang besar, berani ke nak minta kurang lagi? Kita hanya bayar seperti yang ditetapkan. Di manakah belas ihsan pelanggan dengan nenek tu?


"Tauke mall ni semua datang pakai kereta besar dengan pejabat yang lengkap berpenghawa dingin, cuba bandingkan dengan nenek yang jual sayur tadi.


"Nenek tu nak berak pun perlukan bantuan, kudrat dia dah terbatas. Nenek tu tak pernah mengeluh, dia sentiasa bersyukur dengan rezeki dia setiap hari, tapi mata saya yang memandang tahu dia sedang terbeban.


"Apabila kita membeli di pasar biasa ni, secara tidak sedar kita sedang membantu keluarga untuk mendapatkan sesuap nasi berbanding mall besar yang untungnya sudah berjuta," katanya menutup bicara.


Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata ramai terlepas pandang perkara itu kerana tidak pernah mengalami situasi dihadapi peniaga itu sendiri.


"Saya pun tidak pernah terfikir perkara ini, tapi apabila saya cuba berniaga sendiri baru saya faham susah payahnya seorang peniaga.


"Tolong la jangan minta diskaun dengan peniaga kecil, mereka berjual untuk kelangsungan hidup, demi sesuap nasi, sedih saya tengok.


"Kepada nenek tu, semoga terus dimurahkan rezeki dalam berniaga," kata warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2024 10:35 AM | Show all posts
moga murah rezeki nenek...mmg wujud manusia bebal benda murah nak diskaun, benda mahal tak nak minta pulak
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 02:11 PM | Show all posts
janganlah buat mcm ni....hurm
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 11:19 AM | Show all posts
tapi pelanggan tu minta kurang jadi RM3
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda kita makan takyahlah mintak kurang. Kalau baju ke perabot ke logiklah jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.068048 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list