CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30166|Reply: 165

Rasa Diperbodohkan, Azizah Mahzan Berhenti Berlakon - nak berhijrah obarseas

  [Copy link]
Post time 22-2-2011 02:47 AM | Show all posts |Read mode
Rasa Diperbodohkan, Azizah Mahzan Berhenti Berlakon         
                     
Oleh KEMALIA OTHMAN (mstar)
        Azizah nekad berhenti berlakon kerana kecewa dengan skrip tidak berkualiti.

KUALA LUMPUR: Pelakon Azizah Mahzan bertekad meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhirnya Spa Qistina gara-gara skrip yang diberikan kepadanya tidak berkualiti.
Menurut Azizah, dia tidak mengharapkan sebuah skrip yang terlalu bagus tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.
“Hasrat untuk berhenti berlakon sudah lama terpendam tapi disebabkan pujuk rayu dari rakan-rakan dari kalangan penerbit menyebabkan saya terus berlakon.
“Tapi kali ini saya tekad untuk tidak menerima sebarang tawaran lagi kerana saya benar-benar kecewa dengan skrip dan jalan cerita drama terakhir saya iaitu Spa Qistina yang ditayangkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat pada awal tahun ini.
Tambah Azizah, dia kecewa apabila skrip tersebut bukan sahaja tidak berkualiti tetapi tidak mempunyai kesinambungan yang telah memperlihatkannya sebagai pelakon tidak profesional.
Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menerima mana-mana tawaran selepas menghabiskan penggambaran tiga filem dan teater pada tahun lalu.
“Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini, tetapi bila baca balik semuanya saya tidak berkenan. Bukan bermaksud saya meletakkan diri di satu tahap yang tinggi tetapi saya tidak mahu nampak sangat bodoh.
“Saya tidak kisah untuk melakonkan watak yang senang  tapi apa yang saya kecewa apabila penulis skrip yang membuat skrip sambil lewa. Bila cerita banyak episod skrip juga jadi merepek-repek sehinggakan dia mengambil mudah sahaja.
“Contohnya, dalam skrip saya berkata anak saya pergi ke luar negara belajar pada episod pertama, tapi dalam episod yang sudah berpuluh-puluh lain pula tiba-tiba anak saya berada di Malaysia. Bila saya tegur kesinambungan drama tersebut, mereka dengan mudah kata penonton tidak perasaan hal itu,” katanya kesal.        Azizah mahu fokus dengan kehidupan peribadinya dan berhasrat berhijrah ke luar negara.

Katanya, dia juga kecewa dengan stesen televisyen yang terlalu mengikut trend dan cita rasa penonton kepada sesebuah jalan cerita.
“Saya tahu stesen televisyen mahu memuaskan hati penonton dengan menyajikan drama yang mengikut cita rasa mereka, tapi bukankah drama salah satu medium untuk memberi pengajaran kepada penonton.
“Pada saya sekarang sudah terlalu banyak drama yang tidak memberi pengajaran sebaliknya menyajikan cerita yang tiada mesej yang tepat dan buat sekadar hiburan semata-mata,” katanya.
Jelas Azizah, dia kini mencari rezeki di luar bidang hiburan dan berhasrat untuk berhijrah ke luar negara.
“Dulu sebelum menjadi pelakon saya bekerja sendiri dan menjadikan lakonan hanya separuh masa sahaja, dan kini saya mahu kembali semula ke zaman itu dan kalau boleh ingin mencari rezeki ke luar negara,” katanya.


Wow... merajuk sampai bawak diri ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 02:56 AM | Show all posts
ni mcm bukan frust ngan lakonan tp................................................................
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 02:59 AM | Show all posts
sejak bile kak jijah pakai tudung?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 04:41 AM | Show all posts
nk ikot rozita chewan ke ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 04:45 AM | Show all posts
babai nenek
all the best
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 05:18 AM | Show all posts
berapa umur mak cik ni?

buat skrip sendri la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2011 06:12 AM | Show all posts
tak pernah tengoh spa qistina.......... tapi i like her................
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 06:38 AM | Show all posts
negara mana yang nak dia ni? S'pore?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 06:58 AM | Show all posts
nk ikot rozita chewan ke ni..

jepukpisemase Post at 22-2-2011 04:41



kalo dia ikut rozita chewan, dia kena buat U-turnlah...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 07:09 AM | Show all posts
bagus lah dia ni kalau berhenti sebab skrip

kat hollywood pun diorang nak pilih lakonan tengok skrip yg betul2 bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 07:16 AM | Show all posts
papepun lakonan dia best kan..

ramai yg tak tau dia ni ex wife nasir bilal khan..

ko tau...?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 07:30 AM | Show all posts
Hehehe lawak of the year..

Sure pas ni ada press conf kata dia dah jumpa script yg terbaik plak..
Ataupun pas ni blh demand harga tinggi skit..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 07:39 AM | Show all posts
ati-ati yer macik kat tempat org..jgn lupa koling2 kawan2 sejiwa macik yer...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 07:42 AM | Show all posts
tapi kalo tengok drama sekarang macam tengok drama tak bermutu indonesia je...
banyak cerita mengarut sekarng....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 07:44 AM | Show all posts
selamat jln
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 07:45 AM | Show all posts
all the best to you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 07:45 AM | Show all posts
bagus la at least tak la macam mariani, sampai watak merepek2 pun nak sapu je at least dia pentingkan jugak kualiti, daripada pelakon2 yang setahun bape banyak pilem tapi sume sampah je
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 07:50 AM | Show all posts
good for her!

memang skang ni banyak drama cam citer bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 07:57 AM | Show all posts
Ai suka dia sbb lakonan dia bagus tp cuma spoil sbb kontroversi ngan so-called adik angkat tu.
Rasanya dia bkn demanding sgt cuma yerla dah skrip mcm hampehhh takkan nak accept kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 08:10 AM | Show all posts
aku pn setuju dgn dia. stesen tv byk hnya cuma nk ikut trend sampai lupa kelogikan sesebuah cerita. producer pulak mcm kena cucuk hidung ngn stesen tv.
semoga dia temui jln bahagia dia slps berenti berlakon.

dia dh pakai tudung ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.083442 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list