CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21634|Reply: 2

[Jenayah] Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin

[Copy link]
Post time 5-12-2023 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hasil siasatan akan menentukan sama ada bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-KOM) Datuk Mohammad Agus akan ditangkap atau sebaliknya, kata pihak polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata sebarang langkah seterusnya dalam kontroversi melibatkan Agus dengan pegawai bawahan, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani bergantung kepada siasatan yang sedang dijalankan ketika ini.

“PDRM akan memanggil siapa saja yang boleh membantu siasatan. Keputusan samada ada tangkapan akan dibuat terhadap Datuk Dr Agus atau tidak bergantung kepada siasatan.

“Pada peringkat ini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan untuk mendapatkan bukti-bukti yang material kepada keterangan dan dakwaan yang dibuat” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Jelasnya, polis masih menjalankan siasatan membabitkan Agus dan Wahab.

Tambahnya, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu, dan sejak itu, beberapa arahan telah diberikan bagi melengkapkan siasatan.

Polis menjangkakan untuk menyerahkan semula kertas itu sejurus selepas mereka melengkapkan arahan, termasuk mendapatkan laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Minggu lalu, Wahab, 33, yang menjadi tumpuan kontroversi berhubung rakaman video tular itu mendakwa bahawa dia diganggu secara seksual oleh Agus.

Dakwaan terbaru itu tidak dikongsi oleh Wahab pada 17 November lalu ketika sidang media bersama Agus untuk menjelaskan mengenai kandungan video tersebut.

Video itu memaparkan dua lelaki terlibat dalam perbualan lucah, tetapi Wahab semasa sidang media tersebut mendakwa bahawa video asal yang dirakamnya tidak mempunyai audio.

Pada sidang media itu, Wahab mendakwa dia dijadikan kambing hitam bagi memerangkap bekas orang atasannya itu untuk tujuan tertentu.

Walau bagaimanapun, minggu lalu, Wahab hadir bersama peguamnya Faizal Abd Rahman, ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, dan membuat laporan polis. Katanya, tindakan itu bagi membersihkan namanya dalam isu rakaman video perbualan lucah.

Susulan itu, Razarudin dilapor mengesahkan polis telah membuka siasatan berasingan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana keterlaluan dan Seksyen 377D bagi kesalahan melakukan perbuatan tidak senonoh.


https://www.agendadaily.com/isu-semasa/bergantung-kepada-siasatan-sama-ada-tangkap-agus-atau-tidak-razarudin/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 09:03 PM | Show all posts
"Jelasnya, polis masih menjalankan siasatan membabitkan Agus dan Wahab."

Kalau Agus ni bottom, ikut undang2 Malaysia Wahab lah yang kena kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn tangkap wahab. Dia "mangsa" je tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.063155 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list