CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4487|Reply: 14

[Jenayah] Peniaga nasi lemak warga emas maut ditikam 27 kali di leher & badan, polis buru 2 suspek

  [Copy link]
Post time 6-12-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode



Seorang lelaki warga emas berusia 60-an yang juga peniaga nasi lemak, maut ditikam sebanyak 27 kali dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 petang Selasa, di Jalan Perak, George Town.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat kesan kecederaan parah di bahagian leher dan badan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang, namun disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

Pemeriksaan pada mayat mangsa menemui 27 kesan tikaman di seluruh badan, termasuk leher. Menurut maklumat awal yang diterima, mangsa bukannya disamun tetapi dibunuh kerana beberapa barangan berharga milik mangsa masih berada di badannya.

Semakan rekod turut mendapati, mangsa mempunyai beberapa rekod lampau.

Berdasarkan penelitian pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian, dua individu disyaki terbabit dalam pembunuhan itu. Ketika suspek pertama menyerang mangsa, suspek kedua pula menunggu di motosikal yang berkemungkinan bersiap sedia untuk melarikan diri sekira perbuatan mereka disedari pihak berkuasa.

Motif kejadian masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Kosmo! Online


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 10:53 AM | Show all posts
mesti dendam kesumat sebab kalau setakat mencuri, takkan tikam berkali2....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:35 AM | Show all posts
lama jugak tu nak buat sbb 27 kali tikaman
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
huhu.... ngeri dengar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2023 12:34 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 6-12-2023 11:35 AM
lama jugak tu nak buat sbb 27 kali tikaman



katanya pakai pisau pendek.agaknya tikam sekali dua takut tak mati
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 01:08 PM | Show all posts
chacon replied at 6-12-2023 04:34 AM
katanya pakai pisau pendek.agaknya tikam sekali dua takut tak mati

5 kali cukup lah kot, ni sampai 27 punya nak bagi betul-betul mati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2023 01:28 PM | Show all posts
ngeri nyeee
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
berdendam ke apa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 03:14 PM | Show all posts
27 kali..soheh hancur lunyai..letih ooo nak tikam byk kali centu..baik ko parangkan je kat leher..konfem putus urat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dendam kot nie...smp 27 Kali tikam
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:37 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 6-12-2023 01:08 PM
5 kali cukup lah kot, ni sampai 27 punya nak bagi betul-betul mati

dah ttu motifnya nak bagi mati tetapi dalam masa sama nak lunas dendam. org klu berdendam mmg suka tikam byk kali supaya 'ada rasa puas hati'. klu setakat nak rompak cukup tikam sekali kemudian lari. ibarat ' mampus kau, baru puas hati aku.'
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Chinese kah?


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:38 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 6-12-2023 08:37 AM
dah ttu motifnya nak bagi mati tetapi dalam masa sama nak lunas dendam. org klu berdendam mmg suka ...

Apalah yg didendam sangat dengan orang tua tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:41 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 6-12-2023 04:38 PM
Apalah yg didendam sangat dengan orang tua tu

entahlah, tetapi mangsa ada rekod beberapa jenayah lampau. so mesti si pelaku org yg dikenali semasa melakukan jenayah lampau. itu andaian I.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:52 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 6-12-2023 08:41 AM
entahlah, tetapi mangsa ada rekod beberapa jenayah lampau. so mesti si pelaku org yg dikenali sema ...

Gitu, org tua tu mungkin org jahat dulu lepas tu nak berubah

Sekian spekuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.070393 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list