CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8695|Reply: 67

[Tempatan] Wanita kahwin lambat kurang subur

  [Copy link]
Post time 6-12-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 12-12-2023 04:36 PM

Wanita kahwin lambat kurang subur



Dr. Norazlin Rosli

  • Oleh INTAN SUHANA CHE OMAR
  • 6 Disember 2023, 11:44 am

Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegra

RAMAI wanita berpendidikan dan bekerjaya dikatakan menjadi punca kepada kadar kesuburan yang semakin menurun pada hari ini.

Perubahan gaya hidup wanita yang lebih moden itu menyebabkan mereka mahu mengecapi kejayaan dalam karier dan kehidupan sekaligus memilih untuk lambat berkahwin dan merancang keluarga.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan Sophea, Dr. Norazlin Rosli, situasi itu tanpa disedari sebenarnya mengganggu kadar kesuburan wanita sekaligus menyukarkan mereka mendapat zuriat.

Secara saintifiknya, kadar kesuburan seseorang menurun seiring dengan peningkatan umur.

Ini bermakna, semakin meningkat umur, kadar kesuburan juga akan menjadi semakin berkurang sekaligus mengurangkan peluang untuk hamil.

“Wanita dilahirkan dengan semua telur yang akan digunakan sepanjang hidup mereka. Maksudnya, telur-telur ini memang sudah ada sejak mereka lahir.

“Bila umur meningkat, usia telur pun meningkat. Jadi, telur yang tua kualitinya telah menurun,” katanya.

Baru-baru ini, perangkawan memaklumkan Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) 2022 di Malaysia merekodkan paras terendah tahun lalu kepada 1.6 anak bagi setiap perempuan berumur 15 hingga 49 tahun.

Jumlah itu merekodkan penyusutan berbanding 1.7 yang direkodkan pada tahun 2021.

GUNA KONTRASEPTIF

Tambah Dr. Norazlin, pengesanan pengurangan kadar kesuburan itu dibuat melalui bancian dijalankan melalui rumah ke rumah.

“Jadi, data yang didapati oleh pihak berwajib menunjukkan kadar anak bagi satu pasangan pada ketika ini hanyalah satu hingga tiga orang.

“Kalau kita lihat, ia berbeza dengan zaman mak-mak kita dahulu yang mempunyai anak ramai sekitar lima hingga enam orang bagi satu keluarga,” jelasnya.

Penyusutan ini turut berkait rapat dengan pengetahuan wanita dalam penggunaan kontraseptif atau perancang keluarga.

Wanita yang meniti arus pemodenan semakin cakna tentang penjagaan diri dan keluarga termasuk pengambilan ubat perancang untuk menjarakkan kelahiran.

Tambahan pula, terdapat banyak jenis ubat perancang keluarga yang ada di pasaran dan pusat perubatan pada ketika ini. Misalnya, pil
perancang, suntikan depo, penggunaan alat dalam rahim (ADR), implan dan juga kondom.

“Wanita sekarang kebanyakannya berpendidikan tinggi, jadi mereka berpengetahuan luas.

“Wanita tahu merancang keluarga. Dengan menggunakan kaedah-kaedah yang ada, mereka boleh menjarakkan kehamilan,” terangnya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 12:18 PM | Show all posts

andartu ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2023 12:20 PM | Show all posts

Andartu junior - 28-34 tahun
Andartu senior - 35-39 tahun
Andartu forever - 40 tahun ke atas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2023 12:23 PM | Show all posts
sebab tu lelaki2 ni sebenarnya tidak digalakkan kawin dgn wanita tua...kena cari wanita2 yg muda shj
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 40 pun kalo nk pregnant kena fikir byk kali. Ada kes pregnant at 40s trigger cancer. Penyakit lain mcm diabetes, high bp tu apatah lagi lah. Kalau ter accident pregnant, jaga la pemakanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2023 12:37 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 6-12-2023 12:35 PM
Umur 40 pun kalo nk pregnant kena fikir byk kali. Ada kes pregnant at 40s trigger cancer. Penyakit l ...

ya, wanita above 40 ni memang sepatutnya dah tutup kilang...demi kesihatan tuan punya badan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2023 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf cakap, tapi daripada mendapat suami yg ‘kurang layak/unfit’ untuk jadi suami (kaki dadah, kaki pukul, xnak kerja tapi sembang lebat, etc), lebih baik lambat berkahwin. Kurang subur, insyaAllah ada rawatan, tapi kalau dapat suami ‘kurang layak’, xde rawatan. Bonus penderaan fizikal n mental lagi adalah. I bukan cakap utk promote kawin lambat, opinion i ni adalah supaya wanita yg lmbt berkahwin x perlu rasa down dgn berita ini. Better single tapi senang hati daripada ada suami ‘unfit’.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2023 12:48 PM | Show all posts
botol_tritan replied at 6-12-2023 12:38 PM
Maaf cakap, tapi daripada mendapat suami yg ‘kurang layak/unfit’ untuk jadi suami (kaki dadah, kak ...

agreed, but women are running against time...for every woman, you should have ample time to find the perfect couple during your age of between 20 to 35 years old...your biological clock is ticking...and you dont have time to spend with your children if you are older
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang nak kata tiap2 bulan bertelur bertahun2 bertelur x pernahnya beranak kerana tiada suami ka
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
botol_tritan replied at 6-12-2023 12:38 PM
Maaf cakap, tapi daripada mendapat suami yg ‘kurang layak/unfit’ untuk jadi suami (kaki dadah, kak ...

wanita lambat kahwin di sebabkan lelaki

wanita tak mahu kahwin di sebabkan lelaki

wanita bencik perkahwinan di sebabkan lelaki

depa depa tu tak berani sebut..tak berani admit..depa akan salahkan pompuan

dalam dunia ni sejak adam a.s..cuma perlu 1 lelaki je dunia dah buleh cecah 10 biliun till end of the werlddd

lelaki sebenonya tadak nilai..ostad ostazah tak berani nk sebut n admit..klo depa sedar bernilaiii tak wujudddd bewak hidup..tadak penghisap dadah tadak pencuri perogol etc.

mungkin depa sedor kut depa bangkai bernyawa..tadak nilai so baik hidup segan mati tak mahu

plkn tu patut bior jantan je ...tak payah pompuan

lelaki tu sme kne di ajor hatta dgn kekerasan camna nak jadi real man

kesian oang pompuan..tuhan cipta depa ada naluri ke ibuan di cipta teman pada jantan tapi jantan yg ada ramai cap ayam..bewak hidup ..try soang kasi tinggal pi cari lain...dok memainkan pompuan pastu dah de anak rogol anak sendiri

apsal semuaaaa ceramah aku dok belek tadak ostad berani cakap tang mana salah dlm masarakat?

kut yg bersalah tu nk ajo jgn buat salah..mcm pencuri dok nasihat tak baikkkk mencuri?

kne tgk bab makanan gak..dok balon makan sumber haram sure tak boleh gak

selagi oang jantan tak btui selagi tu dunia
haru hara ..dunia dan isi nya!!!

dok lantik bekas banduan salah guna kuasa..liwat penolong dia jadi PM..so nak barokah rahmat tuhan lagu mana????

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah tu...sape yg dh 35 tu pun mmg risiko kalo pregnant. Iols tgk ramai anak autism kalo maknya kahwin lambat. Tp tulah kalo kahwin awal x pilih betul2 dpt laki salah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 6-12-2023 12:20 PM
Andartu junior - 28-34 tahun
Andartu senior - 35-39 tahun
Andartu forever - 40 tahun ke atas

Mcm mana x jd andartu, zaman belajar mak bapa x bg bercinta soh fokus belajar. Dh keje sibuk nk bina career. Sedar2 masa berlalu dan umur pun sudah lanjut. Manakala yg kahwin awal pula mengeluh kahwin awal mcm2 masalah.
Dunia dunia....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kalu kawen di usia lewat lebih nakkan teman di usia pencen dari nak ada anak. Dgn masalah sosial yg makin teruk. Better lah takde keturunan dari ada.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:52 PM | Show all posts
saya bercita-cita nak terus kawen lepas habis Form 5.. Skrg, umur dah kategori andartu junior bak kata forumer atas, masih tak kawen-kawen. tak rushing jugak nak kawen takut nanti tak dapat sediakan keluarga yang baik untuk bakal anak-anak. gituuu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2023 02:56 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 6-12-2023 01:15 PM
Mcm mana x jd andartu, zaman belajar mak bapa x bg bercinta soh fokus belajar. Dh keje sibuk nk bi ...

kena terima hakikat bahawa dunia itu tidak adil...the world is not fair
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2023 02:57 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 6-12-2023 01:09 PM
wanita lambat kahwin di sebabkan lelaki

wanita tak mahu kahwin di sebabkan lelaki

aji ni salah sorang laki tak berguna la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 03:01 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 6-12-2023 05:11 AM
Betullah tu...sape yg dh 35 tu pun mmg risiko kalo pregnant. Iols tgk ramai anak autism kalo maknya  ...

Betul. Iolls 35 pregnant, tiba2 GDM la, BP la. Padahal 6 months before pregnant iolls lah wanita paling fit terjaga makan minum haha

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:22 PM | Show all posts
botol_tritan replied at 6-12-2023 12:38 PM
Maaf cakap, tapi daripada mendapat suami yg ‘kurang layak/unfit’ untuk jadi suami (kaki dadah, kak ...

lebih baik begitu,
kesian weh nengok ppuan dpt laki kaki pukul,malas kerja anak berderet, hilang terus nikmat dunia
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:25 PM | Show all posts
midori888 replied at 6-12-2023 01:21 PM
Org kalu kawen di usia lewat lebih nakkan teman di usia pencen dari nak ada anak. Dgn masalah sosial ...

ye setuju,itulah tujuannya nakkan teman,kalau ada anak kira rezeki la
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:29 PM | Show all posts
kalau bab ni suma salah perempuan. tak penah ke terfikir kalau kat lelaki-lelaki kat malaysia ni lelaki baik, hormat wanita tak memperhambakan wanita, bukan lelaki biawak, takde gatal kotey besar pensil 2B nak menambah bini lagi, takde masalah wanita taknak kawen ni.  zaman sekarang ni terbalik, lelaki berkahwin sebab NAK DISARA bukannya NAK MENYARA anak bini.  perempuan mane yg nak kalau camtu baik hidup single
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.094588 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list