View: 9907|Reply: 9
|
[Politik]
Zahid anggap PAS gila talak
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pas sebagai gila talak selepas pemimpin parti itu mengeluarkan kenyataan tidak menolak kemungkinan untuk menjalinkan semula kerjasama politik dengan UMNO.
Presiden UMNO itu menegaskan, UMNO telah nekad untuk tidak akan kembali berkerjasama dengan parti berkenaan.
“Mungkin ada pihak yang telah kegilaan talak kerana mereka pernah berada dalam kerajaan dahulu, alangkah sakitnya apabila mereka mempunyai kerusi yang banyak tetapi mereka terus jadi pembangkang.
“Kita harap mereka terus berdoa, untuk tidak melakukan ‘kekencingan’ sekali lagi kepada UMNO yang menyebabkan UMNO tidak langsung mahu membuka jalan.
“Setakat ini Allah belum buka lagi hati kami menjalin semula kerjasama politik dengan mereka. Kami harap mimpi siang mereka itu dapat dinoktahkah,” katanya ketika sidang media di Bangunan Perdana Putra.
Dalam kenyataan terbaharu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak Pas akan kembali bekerjasama dengan UMNO menerusi platform Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Kenyataannya itu sebagai respon daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi Perdana Menteri jika PN berjaya memujuk UMNO bermuafakat semula sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) .
UMNO dan Pas pernah menjalinkan kerajasama selepas PRU-14 yanh lalu menerusi Muafakat Nasional (MN).
Namun hubungan berkenaan tegang apabila Pas menyertai PN yang diterajui Bersatu.-MalaysiaGazette
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jgn di layan geng parti ajaran sesat yg menyesatkan lagi bengong |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn jilat balik ludah tu sudahhhhh... tak larat nk hadap drama tukar kerajaan tak cukup term. Pas terima je la hakikat. Groom lagi ramai potential leaders dikalangan pas. Nk harap sorang je yg outstanding, yg lain hampehhh pun tak jadi.
Dah kenapa dlm rakyat tolak umno, umno pulak jadi king maker. |
|
|
|
|
|
|
|
Atok kata apa?...nak cekau duit mana....bank besar Bersatu dah kena beku akaun kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
rugi la hid...... lesen ke syurga ada di tangan mereka tu
tgok atok tu..... dah la dapat lesen eyurga malah dosa dosa dia selama ni dah pon mereka cuci.... sian keluarga mangsa memali...... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sia2 jd walaun....gila ghuper nye |
|
|
|
|
|
|
|
Geli iols dgn wak jahit ni..tetibah dia pulak antara org berjawatan penting dlm gomen bangnon..pelis laa |
|
|
|
|
|
|
| |
|