CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22938|Reply: 4

[Jenayah] Victor Yong sokong wujudkan hubungan diplomatik dengan Israel diberkas polis

[Copy link]
Post time 6-12-2023 08:58 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR – Polis hari ini individu dikenali Victor Yong Jen Ong bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menyokong hubungan diplomatik antara Malaysia dan israel diwujudkan.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam temubual dengan pempengaruh media sosial Israel, Hananya Naftali yang tular di laman media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, permohonan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 8 Disember telah dibenarkan ke atas suspek berusia 36 tahun itu oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

“Siasatan mendapati kenyataan itu dibuat (Victor Yong) dalam satu temubual bersama pempengaruh media sosial Israel bernama Hananya Naftali yang kemudian telah dimuat naik dalam laman Tiktok MalaysiaGazette,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Shuhaily, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Tambah beliau, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan penyebaran berita yang mampu menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian perkhidmatan rangkaian. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2023 09:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Minami2013 at 6-12-2023 02:16 PM

Ingatkan cina jenis pikir psl duit je dan tak nak ambik tahu isu ni.

Anyway,  

Semoga bukan hangat2 tahi ayam je.. tangkap pas tu lepas... Sekurang-kurangnya bagi dok penjara setahun dua.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih jugak ramai yg heran apsal kita sokong palestine dan dorang tak tahu masjidil aqsa kiblat pertama islam ada di Palestine.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.086893 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list