CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22846|Reply: 0

Tiada kuota kaum bukan Melayu sertai TUDM

[Copy link]
Post time 7-12-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Asghar ketika memberi tabik hormat pada Anugerah Kecemerlangan TUDM 2023 di Pangkalan Udara TUDM Subang, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

SHAH ALAM – Tiada sebarang kuota ditetapkan bagi kaum bukan Melayu terutama golongan belia menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, pihaknya masih membuka penyertaan kepada pemohon yang berstatus warga negara dan menepati syarat ditetapkan tanpa mengira kaum atau bangsa.

Katanya, secara purat lebih 50,000 permohonan diterima bagi empat sesi pemilihan anggota pelbagai pangkat setiap tahun.

“Pemerhatian kita mendapati pemohon yang turut meliputi kaum bukan Melayu itu mencatatkan sedikit peningkatan berbanding sebelum ini.

“Justeru, saya menekankan bahawa kita tidak meletakkan sebarang kuota, malah amat menggalakkan mereka menyertai TUDM,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Hari Anugerah Kecemerlangan TUDM 2023 di Pangkalan Udara Subang di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Asghar Khan, statistik pihaknya mendapati kira-kira 12 peratus daripada 15,000 anggota TUDM terdiri daripada kaum bukan Melayu.

Ujarnya, pihaknya sentiasa melaksanakan pelbagai promosi kerjaya sama ada di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam menggalakkan penyertaan semua kaum dalam perkhidmatan ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya tidak berkompromi terhadap syarat dan kriteria pemilihan pegawai dan anggota kerana mementingkan kualiti bagi memastikan pengoperasian kuasa udara terlaksana secara optimum. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... melayu-sertai-tudm/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049784 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list