CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20918|Reply: 26

[Jenayah] 'Zayn Rayyan mati di tempat lain 48 jam sebelum mayatnya diletakkan di lokasi kejadian'

  [Copy link]
Post time 8-12-2023 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Hasil bedah siasat menunjukkan anak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, meninggal dunia 48 jam di lokasi lain sebelum ditemui.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan leher, berkemungkinan besar dicekik atau dijerut.

Katanya, bedah siasat petang tadi menunjukkan mangsa bukan meninggal dunia di lokasi mayatnya ditemui.

"Rumusan daripada bedah siasat dan usaha pencarian dijalankan pihak polis Petaling Jaya bersama masyarakat setempat selama dua hari yang melalui tempat sama, tidak bertemu mangsa.

"Sebaliknya, mangsa ditemui pada hari kedua lewat malam tadi.

"Dari situ boleh dirumuskan mangsa tidak mati di tempat kejadian, mangsa mungkin mati di tempat lain sebelum (mayat) diletakkan di situ," katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, kesimpulan itu turut mengambil beberapa indikator hasil bedah siasat petang tadi.

Mohd Shuhaily turut mendedahkan, ada kesan tekanan pada leher, menunjukkan mangsa mungkin dicekik.

"Bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).

"Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga, memadai saya cakap itu sahaja," katanya.

Mohd Shuhaily berkata, anak sungai lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui adalah kawasan terpencil yang jarang dilalui penduduk, justeru pihaknya percaya suspek mengetahui selok-belok kawasan itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan suspek adalah penduduk setempat di tempat kejadian.

Petang tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mangsa mati dibunuh selepas bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan pada leher dan badan Zayn Rayyan.

Sehubungan itu, polis kini menyiasat kematian kanak-kanak austisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan sebagai kes bunuh selepas sebelumnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily, berkata siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan JSJ Bukit Aman akan membantu siasatan Polis Daerah Petaling Jaya, selain dibantu Polis Kontinjen Selangor.

"Kita sudah merencana operasi seterusnya untuk mengesan suspek, masih terlalu awal dalam mengenal pasti suspek.

"Kita ada beberapa strategi. Bagi pihak ibu bapa, saya merayu masyarakat setempat sekiranya mereka mempunyai apa juga maklumat, sekecil mana pun, datang kepada pihak polis untuk merungkai jenayah ini.

"Kita memandang serius jenayah kejam ini dan kita akan berusaha menjejaki suspek," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1186425/zayn-rayyan-mati-di-tempat-lain-48-jam-sebelum-ditemui

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiberr iols tingat kes budak pompan kat flat johor tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
I xphm ayt dia nk jaga maruah family
Adakah arwah juga diliwat?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 8-12-2023 08:32 AM
I xphm ayt dia nk jaga maruah family
Adakah arwah juga diliwat?

Dah syak yg ni.. Kalau tak napa sampai sggp bunuh tak rasa mangsa kenal pmbunuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...  


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 8-12-2023 08:35 AM
Dah syak yg ni.. Kalau tak napa sampai sggp bunuh tak rasa mangsa kenal pmbunuh

Klu betul laa harap kne hukum mati di pembunuh tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2023 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Terus rasa murung lepas baca benang sebelah ada yg kata telinga dipotong, tangan ada kesan luka macam kena pisau. Kat fb pulak ramai speku ada unsur2 mangsa pedo bagai

Kenapalah kejam sangat, budak tu bercakap pun x boleh, dia x boleh nak menjerit, mampu meronta2 aje agaknya sebelum ajal sampai
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aii jalan2 kat komen fb tadi jumpak ni..tapi xsure la betul ka dak. Mmg zalim & binatang sgt perangai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 08:44 AM | Show all posts
jap..timeline dia mcm tak selari dgn mak dia citer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 08:50 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 8-12-2023 08:32 AM
I xphm ayt dia nk jaga maruah family
Adakah arwah juga diliwat?

sama laa

terpiki adakah arwah dia a&w kan jugak

patot tapayah la letak ayat2 mengundang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 8-12-2023 08:50 AM
sama laa

terpiki adakah arwah dia a&w kan jugak

selalu ayat mcm ni lagi2 kalau bdk hilang yg dijumpai. pastu tak bg buat spekulasi lagi la org curious.

baca byk2 komen+gosip bertebaran makin stress plak
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 09:09 AM | Show all posts
Adoi makin paranoid baca benda gini, nak keje pun teringat anak-anak
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:32 AM | Show all posts
syamzana replied at 8-12-2023 09:00 AM
selalu ayat mcm ni lagi2 kalau bdk hilang yg dijumpai. pastu tak bg buat spekulasi lagi la org cur ...

tu la... haihh moga2 tidak la diperlaku sebegitu


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:48 AM | Show all posts
Edited by epullipan at 8-12-2023 02:24 PM

hilang tengah ari jam 12 5/12, jumpa kol10 6/12..tgk time line tak sampai 48 jam...or 48 jam tu anggaran saja?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:55 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 8-12-2023 08:32 AM
I xphm ayt dia nk jaga maruah family
Adakah arwah juga diliwat?

takmau orang ramai berspekulasi kot uols.. lagi lagi sekarang tertumpu dekat family mangsa sebab mangsa dibunuh.. apa apa pun semoga ada pengakhiran cerita gini.. harap cepat la pembunuh tu ditangkap
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:56 AM | Show all posts
epullipan replied at 8-12-2023 10:48 AM
hilang tengah ari jam 12 5/10, jumpa kol10 6/12..tgk time line tak sampai 48 jam...or 48 jam tu angg ...

kan.. i pun rasa macam sehari je hilang..tiba dah meninggal 48 jam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg org tempatan situ la yg bunuh sebab tau selok belok tempat tu. Dia nak bawak kluar mangsa ke tempat lain pun x leh sebab mesti polis buat roadblock bagai...sebab dah kebumi maksudnya polis dah dpt cukup bukti dari postmortem..kemungkinan besar dah dapat dna pelaku klau pelaku x cukup pandai
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 8-12-2023 08:42 AM
Aii jalan2 kat komen fb tadi jumpak ni..tapi xsure la betul ka dak. Mmg zalim & binatang sgt peranga ...

Haiyaaaa

Banyak je kes bdk mati sebab dendam kt ayah bdk kn..
Ko gaduh ngn ayah apasal bunuh budak lak
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 04:05 PM | Show all posts
epullipan replied at 8-12-2023 10:48 AM
hilang tengah ari jam 12 5/12, jumpa kol10 6/12..tgk time line tak sampai 48 jam...or 48 jam tu angg ...

..48 jam tu dikira dari pukul 17:00 7 Dis selepas Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan dibunuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kot. Sebelum tu classified sebagai mati mengejut pada pukul 22:00 6 Dis..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda pertama masa tau dia hilang & polis kata dibunuh tu i mmg fikir mangsa pedo je. Xterkejut sbb mmg byk kes yg sama cuma ni cpt sbb mak dia cpt sebarkan ank hilang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.073625 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list