CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23694|Reply: 29

[Jenayah] Panggil Budak 2 Ekor, Ingat Lahirkan Anak Beruk Ke?!

  [Copy link]
Post time 10-12-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode


SEORANG ibu terkilan apabila mendakwa menerima layanan buruk daripada seorang doktor di sebuah klinik kesihatan (KK) yang dikunjungi baru-baru ini.

Pendedahan itu dibuat oleh Fatin Nur Syafiqah di media sosial selepas membawa anaknya yang sakit bagi mendapatkan rawatan di sKK yang tidak dinyatakan lokasi.

Sebagaimana diceritakan, pegawai perubatan bertugas didakwa bersikap kurang profesional kerana tidak membuat sebarang pemeriksaan terhadap dua anaknya sudah demam selama tiga hari.

"Ceritanya macam ni... semalam (Rabu) bawa anak-anak tak sihat ke KK. Apabila giliran anak saya tiba, doktor tu tanya apa masalah (penyakit).

"Saya pun ceritalah sudah tiga hari tak sihat... demam panas. Dia angguk-angguk (tanda sedang mendengar) je tanpa buat semakan dekat pesakit.

"Tak sentuh langsung. Semak suhu badan pun tidak. Semak nadi dan jantung pun tak juga ye," ujarnya yang kecewa dengan sikap doktor berkenaan.

Menurut Fatin, doktor tersebut bagaimanapun ada mengambil sampel darah anaknya.

Sewaktu mengambil darah, jururawat bertugas menegur suhu badan anaknya yang panas dan menggigil.

Kecewa dengan doktor yang dilihat bersikap sambil lewa, panggilan untuk kedua-dua anaknya juga menjadi pertikaian Fatin sebagai seorang ibu.

"Kita sebagai ibu mestilah risau. Budak seusia ni, apa mereka tahu. Nak cakap sakit pun tak reti lagi. Sudah siap semua, doktor suruh ambil ubat dekat dalam.

"Apa yang membuatkan hati saya tersentak, tiba-tiba dia cakap itu budak dua ekor ajak masuk sekali dalam sambil gelak-gelak ye semua.

"Persoalannya, adakah etika seorang doktor memang macam tu ye layan pesakit? Kita penat-penat beranak, dia boleh pula 'berekor-ekorkan anak kita. Ingat aku beranak anak beruk ke apa?" ujar si ibu.

Turut dimuat naik oleh Fatin adalah foto menunjukkan anaknya menangis kerana sedang sakit.

Hantaran dibuat meraih perhatian netizen yang turut bersimpati dengan nasib wanita ini setelah dikongsikan di TikTok.

"Biadab ye bahasa, bila nanti sudah kena viral mulalah cakap guraulah apa la.

"Belajar tinggi-tinggi tapi adab tiada. Suka hati saja label anak kita ekor. Tak belajar ke?" komen netizen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2023 12:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab doktor.tu pung dipanggil ekor kot oleh mak ayah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sial punya doktor. Mmg ramai doktor yg x beretika dan rude
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor tu bergurau, tapi tidak kena tempatnya. Silap orang la doktor ni nak gunakan penjodoh bilangan 'ekor' tu. Ke ni doktor yang sebenarnya SPM so-so, tak layak ambik course critical tapi ambik course medic sebab mampu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 04:02 PM | Show all posts
mesti dia cerita tak habis sebab nak bagi nampak dia layak sentap and yes, doktor tu tak wajar buat lawak tak kena tempat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2023 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat cite membe aku pi kk nak dptkan khidmat pasang iud, dia ckp daif gila kk tu doctor pun selamba je suh self servis kangkang atas ‘katil’ keras kejung dgn takde alas apa nye, takde etika hygiene.. pstu doc dtg check bawah tu membe aku redha jelah sambil tgk siling lompong sana sini.. kk dia pegi tu area lembah klang… termenung membe aku blk pikir nk proceed kt kk or pegi private je sekian off topik sket lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun adik beradik macik ramai dokter
Macik nak keji juga

Ni yang terjadi bila dokter dari keluarga T20 bertugas di KK
Deme pandang rendah
Pesakit tu ibarat mengemis deme
Bukan level deme
Fikir deme lah golongan paling terrrrrbijak dalam donia


Padahal dulu nak grad pun berapa kali repeat paper
Study guna biasiswa kabel cekang
Pastu terpaksa balik keje dekat KK
Mengadap B40
Mana mau nyerrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 06:32 PM | Show all posts
Aku few times bawak anak ke kk time sakit. Ada doc yg sombong ada doc yg baik ramah
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi doktor hartal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zehra2 at 10-12-2023 07:43 PM

aku pergi hospital.. tgn sakit. tkde xray pun. doc suh mkn ubat. lps sebulan, dtg lg.
balik rumah, aku kira ubat ada 20 biji je.. mende nya 1 bulan. ubat pun kedekut.
aku dh pergi klinik swasta. doc klinik tu yg suruh ke hospital. sbb sakit hati. lama² sakit tgn baik sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya gi KK misi siap2 ambik BP & suhu tulis kat slip sebelum tunggu jumpa doktor. Kat KK lain tak taulah macamana.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 08:20 PM | Show all posts
so dah buat official report ke blom
selain daripada luahan perasaan di media sosial?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-12-2023 07:46 PM
Selalunya gi KK misi siap2 ambik BP & suhu tulis kat slip sebelum tunggu jumpa doktor. Kat KK lain t ...

kan.. setau i, lepas register, first nurse akan panggil untuk check bp suhu semua..
lepas tu baru jumpa doktor..
memang doktor tanya je symptom sakit kat mana bla bla bla..
kalau ada further nak amik darah air kencing ke apa, dia suruh gi bahagian tu je..
lepas tu jumpa dia balik interview lagi..
takdenya doktor nak pegang-pegang cocok tanya sakit ke tak apa bagai..
pastu dah abis interview, gi tunggu ubat pulak..
amik ubat tunggu depan pharmacy je..
takde pulak kena masuk bilik apa..
dua tiga kk i gi semua step yang sama..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 10-12-2023 08:58 PM
kan.. setau i, lepas register, first nurse akan panggil untuk check bp suhu semua..
lepas tu baru  ...


KK Putrajaya lagi advance. Ada kaunter saringan. Ada sekali tu demam, terus gi tempat demam. Pastu masa iols rasa sakit kat breast, gi bilik no berapa tah jumpa doktor. Tak payah menunggu ramai2 dan sekejap je masa menunggu nak jumpa doktor.

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 05:03 AM | Show all posts
Koh koh, TS siap letak pics monkeys dalam thread ini

Doctor tu maybe nak bergurau kot; byk kali memang best bergurau dgn pesakit, sebab kerja doctoring ni, memang kerja yg melibatkan social domain. Berinteraksi dgn orang ramai, ada pelbagai ragam. Seronok. Best.. cuma byk kali sy kesian, kerana bila mereka ke hospital, semuanya orang2 yang sudah sakit; you tidak melihat mereka di dalam keadaan harian mereka ie pergi kerja, balik rumah, among families and friends etc.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 11:42 AM | Show all posts
fefeeling replied at 10-12-2023 08:10 AM
Teringat cite membe aku pi kk nak dptkan khidmat pasang iud, dia ckp daif gila kk tu doctor pun sela ...

Mak, seramnya cerita ni dah macam filem horror
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Naper x.sound terus dokter tu masa tu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 01:51 PM | Show all posts
pernah kena kat klinik swasta, aku jatuh, pastu blkg sakit..pergi klinik dr tanya nak apa..bila aku cerita dia jawab, mkn panadol je dahla.. kalau makan panadol je elok aku pun tau..sebab masih sakit la aku pergi klinik tu. yg satu lagi, aku accident, dahi aku luka. gi klinik, dr tanya aku, skrg awak nak saya buat apa? terus aku blur.. aku ke dia yang dr ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 03:15 PM | Show all posts
jom viralkan kes ketahap tertinggi semua PMX tau & ambil tindakan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.182916 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list