CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35640|Reply: 0

[Politik] Pas akan pinggirkan Bersatu - DAP

[Copy link]
Post time 10-12-2023 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Pas akan pinggirkan Bersatu - DAP


PESERTA bergambar pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor. FOTO Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Bersatu semakin melemah dan tidak mustahil Pas akan meminggirkan parti itu.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, Pas masih relevan kerana menguasai negeri di utara Semenanjung namun jika mahu meluaskan kuasa ke semua negeri, parti itu perlu menghormati semua pihak.

"Sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, adalah jelas bahawa Bersatu semakin lemah dan besar kemungkinannya akan dipinggirkan oleh Pas.

"Jelas untuk semua juga bahawa (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) tidak akan jadi Perdana Menteri lagi dan Bersatu tidak lagi relevan. Yang relevan adalah parti Pas.

"Pas menguasai politik di negeri utara tetapi jika Pas ingin bersaing di seluruh negara, mereka perlu bersedia menjadi parti untuk semua kaum dan agama dengan menghormati semua pihak," katanya pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kayat dan Setiausaha PKR Johor, Ysahruddin Kusni.

Chin Tong yang juga Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, pembangkang hari ini perlu memikul peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan bukan lagi kumpulan yang hanya berminat tebuk atap.

Katanya, pembangkang perlu terima hakikat bahawa Kerajaan Perpaduan akan mentadbir sehingga tamat penggal ke-15 dan mereka perlu bersiap sedia untuk bersaing dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

"Setahun selepas PRU-15, sudah tiba masanya pembangkang memeterai memorandum persefahaman atau Confidence and Supply Agreement (CSA) dengan Kerajaan Perpaduan.

"Seperti apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dengan Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri pada September 2021.

"Formula tebuk atap Perikatan Nasional (PN) tidak lagi relevan," katanya.

Beliau berkata, politik negara semakin stabil sejak September dan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat terus memperkenalkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

"Formula PN untuk meraih undi menggunakan retorik bahawa komplot Sheraton akan berlaku lagi sekali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilantik sebagai Perdana Menteri tidak berhasil.

"PRK Pulai dan Simpang Jeram sekali lagi membuktikan bahawa kekuatan PN hanya terhad di negeri-negeri utara Semenanjung," katanya.

Katanya, kemenangan calon Kerajaan Perpaduan adalah mesej yang cukup jelas kepada seluruh negara bahawa Johor menolak PN.

"Isyarat pertama, pilihan raya enam negeri pada 12 Ogos menunjukkan bahawa PN sampai ke 'kemuncaknya'.

"Keputusan PRN di enam negeri adalah tahap maksimum yang mampu dicapai oleh PN yang hanya bermain dengan emosi kaum dan agama," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ggirkan-bersatu-dap

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.057156 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list