CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10614|Reply: 1

[Jenayah] Kes Zayn Rayyan: Petunjuk menjurus kepada seorang individu, mayat dibuang waktu hujan lebat

[Copy link]
Post time 11-12-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 11-12-2023 05:15 PM

Kes Zayn Rayyan: Petunjuk menjurus kepada seorang individu, mayat dibuang waktu hujan lebat


ANGGOTA Forensik melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan. FOTO arkib NSTP


Klang: Petunjuk yang diperoleh pihak polis setakat ini menjurus kepada seorang individu yang mungkin disyaki terbabit dalam kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, pada 6 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, siasatan masih dijalankan secara menyeluruh daripada pelbagai sudut bagi memperoleh fakta dan maklumat yang tepat berhubung kes terbabit.

"Dengan kesan itu (pada leher dan badan mangsa) kita percaya seorang individu. Kita tengok semua sudut, semua 'database' polis dan juga 'mass screening'.

"Kita harap boleh dapat petunjuk positif sehingga boleh tangkap penjenayah ini, buat masa ini petunjuk yang ada ini menjurus kepada seorang individu.

"Banyak persoalan yang perlu dijawab, cuma kita perlu fakta yang boleh menjawab soalan itu, jadi kita sama-sama berdoa agar kita boleh tangkap penjenayah itu.

"Kita tidak mahu bekerja dalam spekulasi, jadi beri ruang untuk polis bekerja dengan fakta," katanya ketika diminta mengulas perkembangan kematian kanak-kanak itu.

Beliau ditemui pemberita di perkarangan Istana Alam Shah di sini selepas Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke 78 di sini, hari ini.

Hussein berkata, proses penelitian video kamera papan pemuka (dashcam) setiap kenderaan penduduk di kawasan berkenaan masih berjalan bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut katanya, siasatan mendapati berkemungkinan mayat kanak-kanak itu dibuang pada waktu petang di kawasan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

"Pada pagi hari yang sama, kita ada buat pencarian tetapi tidak jumpa. Jadi (kita buat pencarian lagi) kita jumpa mayat mangsa pada malam. Kemungkinan (mayat mangsa dibuang) petang sewaktu hujan lebat. Kita percaya pada petang itu.

"Kita tidak jumpa lagi barang yang boleh menjurus kepada penjenayah, kita masih berusaha untuk mencarinya," katanya.

Dalam pada itu katanya, siasatan polis juga tertumpu kepada stor yang terletak 50 meter dari kediaman mangsa bagi mengenalpasti individu yang kerap berada di lokasi berkenaan.

"Kita hendak melihat ataupun menyiasat siapa yang selalu berlegar di situ, stor ini untuk penyimpanan barang-barang lusuh dan juga barang-barang kitar semula, jadi adakah kemungkinan penjenayah ada pernah ke situ, kita (mahu) lihat (padanan) cap jari di situ.

"Sebab itu saya kata siasatan ini terbuka dan kita melihat dari pelbagai sudut, sama ada daripada dalam kawasan atau luar kawasan itu. Kita tidak mahu terlepas mana-mana sudut dalam siasatan ini. Stor berkunci dan ada penjaga," katanya.

Mengulas mengenai Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk yang diterima beliau hari ini katanya, penganugerahan itu adalah penghargaan kepada seluruh warga Polis Kontinjen Selangor serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Anugerah ini penghargaan kepada saya secara peribadi tetapi saya ingin berkongsi anugerah ini bersama seluruh Polis Kontinjen Selangor yang bertungkus-lumus setiap hari menjaga keamanan ketenteraman dan juga dalam menyelesaikan isu jenayah dan bencana di Selangor termasuk dua bencana besar yang berlaku di Selangor termasuk tragedi Batang Kali serta pesawat terhempas di Elmina," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... mayat-dibuang-waktu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...moga cepat dihukum pembunuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.052497 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list