CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10363|Reply: 4

[Cinta] Generasi Z tidak kisah bujang sampai tua

[Copy link]
Post time 13-12-2023 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Generasi Z tidak kisah bujang sampai tua


GAMBAR fail menunjukkan sejumlah orang berjalan di Tokyo- Foto AFP


TOKYO – Kira-kira 60 peratus penduduk Generasi Z  yang lahir antara tahun 1993 hingga 2010 menyatakan bahawa mereka tidak kisah jika tidak berkahwin, demikian menurut kajian oleh  sebuah firma teknologi Jepun, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Firma teknologi Biglobe Inc. melakukan kaji selidik di internet dari 12 hingga 14 September lalu dan menerima maklum balas daripada 1,000 orang berumur antara 18 hingga 69 tahun di seluruh Jepun.

Kaji selidik itu melibatkan kumpulan umur  18 hingga 24 tahun yang merupakan generasi Z, responden berumur 25 hingga 29 tahun dan golongan berusia dalam lingkungan 30-an, 40-an, 50-an serta 60-an.

Dalam tinjauan tersebut, sejumlah 60.6 peratus responden generasi Z menyatakan bahawa mereka tidak kisah sekiranya tidak mendirikan rumah tangga.

Sebanyak 52.6 peratus responden daripada generasi Z bagaimanapun menjawab ‘ya’  kepada soalan sama ada anda mahu berkahwin.

Dalam pada itu, sebanyak 60.4 peratus responden berumur 25 hingga 29 tahun dan 58.0 peratus lagi daripada mereka yang berumur 30-an, 59.0 peratus pada peringkat usia 40-an, 67.0 peratus (50-an) dan 72.0 peratus (60-an) menjawab ya bagi soalan tersebut. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -bujang-sampai-tua/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh you do you.... bior le deme selesa takmo menikah...

Sibuk nak jadi cik kiah mesyuarat tingkap cik jemah


Diorg mintak duit ko keeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 10:05 AM | Show all posts

Dalam tinjauan tersebut, sejumlah 60.6 peratus responden generasi Z menyatakan bahawa mereka tidak kisah sekiranya tidak mendirikan rumah tangga.
generasi Z .. generasi Digital ..
too much digital information that buat mereka takut .. phobia
they still involve in relationship but not serious ..
they are tergolong pada SnowFlake ..


i think ..
mereka akan mendirikan rumah tangga tapi lewat ..
could be d'mana situasi mereka in-between 'SnowFlake n Boomer' like that ..
ada stability .. resposibility ..


p/s ..
just pandangan aje aahh .. haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 03:03 PM | Show all posts
waffle game is a browser-based game that you may play at any time. The game's rules are simple: just utilize the characters provided. Change them so they join together to form meaningful words. Furthermore, the waffle suggests hues such as dark orange, bright orange, and the original color. Use this to figure out what the words mean and where they are. From there, locate the keyword. Play the waffle game now to see who can identify the hidden keywords the fastest.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 01:40 PM | Show all posts
ye la, bukannya mati pun kalau single sampai ke tua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.308975 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list