CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5604|Reply: 0

[Selangor] Mangsa stalk Acacia harap dapat perlindungan sepanjang hayat

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:31 PM | Show all posts |Read mode

Hantaran Acicia Diana di aplikasi X, semalam.

PETALING JAYA – Jurugambar wanita yang diganggu tanpa henti secara maya selama lapan tahun, Acacia Mardiana Daud, 31, berharap hukuman yang setimpal bakal dikenakan terhadap penghendapnya, Mohamad Safiq Rosli, 37.

Menurut hantarannya di aplikasi X semalam, Acacia juga berharap agar mendapat perlindungan sepanjang hayat supaya penghendapnya itu tidak dapat berkomunikasi atau berjumpanya lagi seumur hidup.

“Lelaki tersebut (Mohamad Safiq) mungkin akan berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga tahun. Selepas itu, dia mungkin akan bebas dan kembali mengganggu saya.

“Saya berharap, saya bakal mendapat pelindungan sepanjang hayat. Tolong pandang perkara ini dengan serius, saya tidak mahu berjumpa atau berkomunikasi dengannya sepanjang hayat,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah Acacia, pengalaman perit yang dialaminya selama lapan tahun itu turut mempengaruhi kesihatan mentalnya dan membuatkannya trauma.

“Ia merupakan satu keajaiban saya mampu melawan seseorang yang telah memerhatikan setiap gerak-geri saya.

“Saya berharap, semua mangsa yang mempunyai pengalaman sama seperti saya juga dapat memperoleh perintah perlindungan sepanjang hayat,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Mohamad Safiq yang didakwa menghendap Acacia dengan menghantar gangguan berulang melalui tiga komunikasi akaun Twitter pada Julai lepas menukar pengakuan kepada bersalah, semalam.

Berikutan itu, tertuduh didakwa atas kesalahan menghendap di bawah seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mohamad Safiq merupakan individu pertama didakwa di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan selepas akta tersebut dikuatkuasakan pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... an-sepanjang-hayat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.057583 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list