CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8391|Reply: 0

[Selangor] Produk makanan termasuk sosej, kepingan daging babi dirampas

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode

Anggota penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menunjukkan sebahagian dari rampasan. FOTO IHSAN MAQIS

Pelabuhan Klang: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 158 kotak mengandungi sosej babi, kepingan daging babi, daging lembu dan ginseng dari Korea di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat, di sini, Selasa lalu.

Pengarah Maqis Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata, rampasan dilakukan selepas pemeriksaan ke atas sebuah kontena kira-kira 3.30 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati sebuah syarikat tempatan membawa masuk produk hasilan haiwan dan pertanian dari Korea itu tiada permit import yang sah dikeluarkan oleh Maqis.

"Dalam siasatan itu, kita mendapati terdapat daging lembu, sosej babi, kepingan daging babi dan ginseng di dalam kontena berkenaan tanpa permit import.



"Justeru, kita merampas 158 kotak produk berkenaan dianggarkan bernilai RM40,087.50," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aging-babi-dirampas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.887025 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list