CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8615|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tak perlu panik dengan situasi Covid-19, sebahagian besar populasi sudah ada imuniti

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Orang ramai tidak perlu panik atau bimbang dengan situasi jangkitan Covid-19 kerana sebahagian besar populasi sudah mempunyai imuniti terhadap virus itu sama ada secara alami atau vaksinasi.

Profesor Kesihatan Masyarakat, Prof Dr Osman Ali berkata, adalah lebih baik mendedahkan populasi dengan virus Covid-19 seperti virus selsema supaya mendapat imuniti secara alami.

"Gejala ringan yang dialami mudah dirawat seperti demam viral yang lain. Memberi vaksin yang diketahui mempunyai kesan sampingan yang serius terutama pada orang muda tertentu adalah kurang bijak.

"Kepada golongan berusia dan mempunyai penyakit kronik pula mereka boleh memilih untuk meningkatkan imuniti secara imunisasi dengan vaksin atau secara memilih gaya hidup yang betul.



"Sebarang tindakan meningkatkan kebimbangan masyarakat dengan aktiviti-aktiviti yang menyekat kebebasan mereka untuk berinteraksi hanya akan melemahkan imuniti tubuh, menurunkan ekonomi, menyusahkan rakyat dan sebagainya. Pengalaman yang lampau perlu diambil pelajaran," katanya.

Pada 3 Disember lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) kali pertama melaporkan peningkatan semula kes Covid-19 di negara ini iaitu sebanyak 2,305 kes.

Daripada jumlah itu, pihak kementerian mengesan empat daripadanya adalah varian Omicron baharu yang tergolong dalam varian membimbangkan (VOC).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilaporkan berkata, Malaysia merekodkan dua kes varian Omicron baharu BA.2.86 ketika ini selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan kali pertama peningkatan varian itu pada 24 Julai lalu.

Jumlah kes baharu Covid-19 terus menunjukkan peningkatan setakat 11 Disember lalu.

Laman rasmi KKMNow memaparkan, sebanyak 21,408 kes Covid-19 yang masih aktif dilaporkan di negara ini dan daripada jumlah itu 97.7 peratus atau 19,550 kes sedang menjalani kuarantin di rumah.

Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat dua kes import dicatatkan sekali gus menjadikan jumlah kes yang mendapat jangkitan dari luar negara meningkat kepada 38,996.

Keseluruhan kes Covid-19 di negara ini sejak pertama kali dilaporkan pada tahun 2020 adalah 5,121,120 kes.

Sehingga kini, jumlah mereka yang sedang dirawat di hospital adalah sebanyak 446 kes atau 2.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes aktif dengan lapan individu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) serta 13 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah peningkatan kes mengikut negeri pula mendapati Selangor mencatatkan jumlah kes baharu paling tinggi dengan 902 kes diikuti Kuala Lumpur (532), Melaka (332), Perak (132), Negeri Sembilan (127), Pulau Pinang (108), Sabah (73), Kedah (lapan) dan Pahang (62).

Negeri lain yang mencatatkan kes baharu ialah Sarawak dengan 57 kes baharu, Kelantan (40), Johor (19), Perlis (sembilan) serta tiada pertambahan kes baharu dilaporkan di Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -populasi-sudah-ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050099 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list