CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12155|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengurusan surau, masjid disaran patuhi SOP Covid-19

[Copy link]
Post time 16-12-2023 02:31 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Putrajaya: Pengurusan surau dan masjid di seluruh negara disaran menitikberatkan semula prosedur operasi standard (SOP) susulan kes Covid-19 semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, jemaah masjid dan surau dinasihatkan mengamalkan langkah pencegahan dengan memakai pelitup muka.

Menurutnya, ia khusus kepada mereka yang bergejala serta berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik dan ibu mengandung.

Katanya, seluruh lapisan masyarakat dinasihatkan mengambil langkah berhati-hati dalam menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga agar terhindar dari wabak penyakit itu.



"Langkah berwaspada ini selaras dengan saranan Islam agar perkara yang boleh membawa kemudaratan hendaklah dielakkan (sad al-zaraie).

"Ia bagi memastikan tempat perkumpulan ramai umat Islam seperti di masjid dan surau yang menjadi tempat mudahnya jangkitan wabak dapat diambil tindakan pencegahan awal.

"Umat Islam juga disarankan sentiasa berhati-hati setiap masa dan sentiasa berdoa serta bermunajat agar wabak ini dapat dihindari," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk mengambil langkah proaktif bagi menghadapi wabak terbabit.

Semalam, media melaporkan kerajaan mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk memantau situasi Covid-19 yang sedang menunjukkan trend peningkatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, walaupun kini kes dilihat masih belum serius, pemantauan rapi demi kesihatan masyarakat awam perlu dilaksanakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... patuhi-sop-covid-19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.049319 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list