CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12321|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Malaysia import bawang dari China, Pakistan pula

[Copy link]
Post time 16-12-2023 02:32 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mendapatkan bekalan bawang dari China dan Pakistan susulan keputusan India melarang eksport sayuran itu hingga Mac tahun depan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu tidak akan menyebabkan perubahan ketara kepada harga runcit bawang.

"Kita telah bersedia ke arah itu. Harganya (harga runcit bawang) nanti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bincang, tetapi kesannya tidak banyak," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Pemuda Parti Amanah Negara, di sini, hari ini.

Pada 8 Disember lalu, India yang menyumbang sebanyak 36 peratus kepada import bawang ke Malaysia melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna di negara itu.

Menurut Direktorat Perdagangan Luar Negeri India, ia susulan eksport bawang dipindahkan daripada kategori bebas kepada larangan hingga 31 Mac 2024.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... china-pakistan-pula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.148212 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list