CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13368|Reply: 0

[Perak] 'Zhafran anugerah Allah buat saya'

[Copy link]
Post time 16-12-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode

NOORZITA menerima kelahiran Muhammad Zhafran Daris sebagai anugerah Allah. FOTO ihsan Noorzita Muhamad Yusuf

Taiping: "Saya terima seikhlas hati dapat anak syurga ini," kata Noorzita Muhamad Yusuf, 35, ketika diminta menceritakan perihal anak bongsunya, Muhammad Zhafran Daris Muhamad Zaidi, 2, yang menghidap penyakit hidrosefalus atau lebihan cecair dalam otak.

Noorzita yang dulunya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang nekad berhenti bagi menguruskan Muhammad Zhafran yang memerlukan penjagaan rapi.

Berkongsi kisahnya, Noorzita yang menetap di Taman Kamunting Bakti, di sini, berkata, dia tahu mengenai keadaan Muhammad Zhafran Daris ketika kandungan berusia enam bulan lagi.

"Sedih apabila dapat tahu bukan kerana tak boleh terima tapi tak boleh bayangkan macam mana keadaannya.



"Tapi tak sabar tunggu Zhafran dilahirkan kerana nak tengok betul atau tidak keadaannya begitu.

"Sampai satu tahap, saya asyik terfikir mengenai anak dalam kandungan termasuk ketika bekerja namun selepas melahirkannya, saya terima Zhafran dengan reda sebagai rezeki dan anugerah yang Allah nak bagi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, pada awalnya, doktor maklumkan anaknya tidak mempunyai harapan untuk sembuh namun disyorkan menjalani pembedahan VP Shunt iaitu pemasangan tiub kekal di kepala bagi membolehkan lebihan air mengalir ke perut dan keluar melalui air kencing.

"Reda memang reda tapi saya dan suami (Muhamad Zaidi Abdul Rashid, 37) nak ikhtiar juga kerana tak nak tengok Zhafran terus begitu.

"Disebabkan itu, kami ikut saranan doktor dengan membenarkan Zhafran menjalani pembedahan VP Shunt sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan Februari tahun lalu.

"Walaupun kepalanya masih besar namun doktor kata ada peluang untuk sembuh cuma makan masa dan buat masa ini, Zhafran perlu menjalani fisioterapi cara kerja sehari dalam sebulan selain pemeriksaan kepalanya dalam tempoh enam hingga lapan bulan sekali di Hospital Taiping.

"Syukur sangat kerana Zhafran tiada penyakit lain, boleh melihat dan diajak bersembang juga bermain walaupun keadaannya tidak seperti kanak-kanak lain," katanya.

Noorzita mengakui bukan mudah untuknya menghadapi ujian itu namun dapat kekuatan selepas melihat ibu bapa anak syurga lain yang diuji dengan lebih hebat.

Bagi mendapat semangat, Noorzita menjadikan TikTok sebagai platform untuknya berkongsi pengalaman membesarkan anak istimewa.

"Sebelum ini saya tak kuat pun kerana perlu uruskan anak, jaga dan mandikannya dengan keadaan kepalanya yang besar dan berat.

"Tapi saya kena kuat juga kerana siapa nak buat itu semua jika bukan saya  dan bersyukur kerana ramai beri kata semangat di ruangan komen serta setiap kali bersiaran langsung di TikTok.

"Dulu saya ingat saya saja diuji begini rupanya ramai lagi, antaranya ibu bapa adik Bilal yang baru meninggal dunia semalam.

"Disebabkan itu, saya sedih sangat apabila mendengar berita pemergian adik Bilal kerana anak saya juga hidap penyakit yang sama tapi saya percaya, hanya insan terpilih saja diuji dengan anak syurga jadi perlu berlapang dada dengan ujian-Nya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rah-allah-buat-saya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060710 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list