CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29832|Reply: 0

[Selangor] Stoking ditemui bukan milik Zayn

[Copy link]
Post time 16-12-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode

BEBERAPA anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat masuk ke lokasi kejadian berhampiran dengan Blok R, Apartmen Idaman untuk mengumpul lebih bahan bukti berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan. FOTO arkib NSTP

Petaling Jaya: Polis mengesahkan sehelai stoking dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemukan bukan miliknya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil analisa yang dijalankan di makmal mendapati keputusannya negatif dan bukan milik Zayn.

Menurutnya, setakat ini tiada perkembangan baru namun polis masih meneruskan usaha pencarian sebarang bukti baru di tempat kejadian.

"Kita juga sudah merakam keterangan seramai 172 orang termasuk ibu bapa, saksi, jiran dan penduduk di apartmen terbabit.


"Stoking yang ditemui itu juga selepas analisa dijalankan bukanlah milik mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis menemui sehelai stoking dalam takungan air di kawasan anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan.

Terdahulu, polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat mangsa.

Proses itu dilakukan bagi melihat sama ada wujud bukti baru, namun tiada penemuan sebelum.

Zayn Rayyan yang dilapor hilang pada 5 Disember lalu ditemui meninggal dunia pada 6 Disember dengan mayatnya ditemui di kawasan saliran air berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ui-bukan-milik-zayn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.059330 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list