CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29906|Reply: 0

[Perak] Perhilitan sahkan kehadiran harimau di sekitar Kampung Orang Asli Tonggang

[Copy link]
Post time 16-12-2023 05:41 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Ipoh: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan kehadiran seekor harimau belang berkeliaran di laluan sekitar Kampung Orang Asli Tonggang ke Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini sejak dua hari lalu.

Pengarahnya Yusoff Shariff berkata buat masa ini pihaknya menerusi Unit Harimau sedang melakukan pemantauan rapi termasuk akan memasang perangkap khas di lokasi itu.

Beliau berkata laporan berkaitan kehadiran haiwan liar itu di Kampung Tonggang diterima pada Khamis lepas dan kemungkinan ia merayau di kawasan sekitar untuk mencari makanan.

"Kita cuba halau tetapi kami juga akan pasang satu perangkap khas di lokasi yang dirasakan sesuai dan membabitkan laluan yang menjadi kawasan rayau harimau terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.




Pada 14 Disember lalu, tular video dirakam sekumpulan Orang Asli memaparkan kelibat harimau belang berkeliaran di kawasan Kem PGA Ulu Kinta menghala ke laluan perkampungan Orang Asli Tonggang.

Sehari selepas itu, dilaporkan kelibat haiwan itu dilihat beberapa penduduk Rancangan Perumahan Awam 2 (RPA 2) yang berhampiran Kem PGA, berlegar-legar di kawasan penempatan mereka.

Yusoff berkata punca utama harimau yang dianggarkan berusia dua tahun dan seberat 80 kilogram (kg) itu memasuki kawasan tersebut disebabkan kekurangan sumber makanan.

"Harimau itu mungkin dari Hutan Simpan Bukit Kinta dan kemunculannya lebih kepada kekurangan populasi atau sumber makanan iaitu babi hutan yang dipercayai terkena serangan penyakit demam babi Afrika (ASF)," katanya.

Justeru, beliau meminta penduduk di sekitar kawasan itu diminta supaya berhati-hati dan mengurangkan aktiviti di luar pada waktu malam.

"Ini kerana harimau adalah spesies yang aktif pada waktu Maghrib hingga Subuh dan kita minta supaya tidak ada individu yang menghampiri kawasan hutan sekitar laluan Kem PGA ke Kampung Orang Asli Tonggang bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... orang-asli-tonggang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.469507 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list