View: 10988|Reply: 38
|
[Jenayah]
Boikot Semakin Dilupakan, Cikgu Bahasa Arab Mengalir Air Mata Kena Belanja Anak Murid KFC!
[Copy link]
|
|
MELIHAT anak murid lulus cemerlang dalam peperiksaan seterusnya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi menjadi impian setiap guru.
Namun, tugas mendidik seorang pelajar bukanlah mudah kerana setiap orang antara mereka mempunyai tahap pemikiran dan akademik yang berbeza-beza.
Begitulah kisah seorang guru bahasa Arab runsing melihat pencapaian pelajarnya dalam peperiksaan yang kurang memuaskan seperti mana diceritakan di laman X.
Enggan berputus asa, guru tersebut tampil dengan satu idea iaitu menjanjikan ganjaran kepada anak muridnya sekiranya mereka mampu beroleh gred lebih baik pada ujian akan datang.
"Dulu saya pernah janji dekat pelajar saya, kalau mereka berjaya lulus subjek yang saya ajar iaitu bahasa Arab, saya akan belanja mereka makan Kentucky Fried Chicken (KFC).
"Maka, tiba musim peperiksaan dan kemudian keputusan keluar, saya terkejut. Hampir semua lulus bahkan ramai yang dapat gred A. Semua murid datang tuntut janji saya.
"Malah empat pelajar yang sebelum ni tak pernah lulus sekali pun untuk subjek bahasa Arab tiba-tiba berjaya dapat B.
"Alhamdulillah, syukur banyak saya rasakan, rupanya mereka semua lebih daripada mampu untuk skor," cerita guru itu.
Bagaimanapun, pendekatan yang membuahkan hasil di luar jangkaan itu membuatkan guru berkenaan gembira bercampur sayu.
"Saya sebenarnya tak sangka semua boleh lulus bahasa Arab, sebelum ni yang paling ramai boleh lulus pun 10 orang dalam kelas tu. Mengalir juga air mata ni mengenangkan janji yang perlu ditunaikan.
"InsyaAllah nanti saya akan bawa semua pelajar saya pergi makan KFC. Ini dikira senyuman dalam tangisan. Sebelum ini pernah juga beli bucket ayam untuk 40 orang, melayang RM250.
"Tolong doakan semoga saya dimurahkan rezeki selalu," ujar guru tersebut.
Menurutnya lagi, dia baru bergelar seorang guru bahasa Arab di sekolah berkenaan dan sanggup membuat janji sedemikian kerana mahu melihat pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam subjek tersebut.
"Tahun 2023 ni baru pihak sekolah suruh saya ajar bahasa Arab," ujar guru itu ringkas.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memuji kemurahan hati guru tersebut.
"Bagus la cikgu, betul-betul komited dengan tugas dan sanggup buat apa sahaja untuk anak murid.
"Cikgu jangan buat lupa nak belanja anak murid makan KFC ya, janji tetap janji, kalau tak cukup kami boleh tong-tong (kongsi) payungkan (belanja).
"Saya pun dulu pernah pensyarah cakap nak belanja makan kalau dapat A subjek dia, akhir sekali saya berjaya dapat A+, apabila saya tuntut, pensyarah kata tak sah sebab A saya ada '+', alamak," kata warga maya berjenaka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu tu tau dak ada boikot? Ka blur? |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu x aware isu semasa ke cikgu?
Boleh je ganti belanja makanan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
hasniey replied at 17-12-2023 02:09 PM
Cikgu x aware isu semasa ke cikgu?
Boleh je ganti belanja makanan lain.
"tak nak...tak nak..nak kepsi jugak"- |
|
|
|
|
|
|
|
Mulia nya hati cikgu |
|
|
|
|
|
|
|
Ku akan kecam kalau Ustazah tak tunaikan janji. Ustazah tunaikan lah. Siapa boleh tahu jadi begini agenda boycott ini. Semoga DiperMudahkan Urusan Ustazah. |
|
|
|
|
|
|
|
Misled sunggulah air mata terpaksa belanja kfc.
Air mata sebab murid2 subject Bahasa Arab Ustazah score. Ada B drpd tak ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap kat murid2 masa dulu sembelih ayam keluar darah ayam, sekarang sembelih ayam mengalir darah Palestine. Tergamak kah kamu makan daging saudara2 sendiri. Kalau ya, sila masuk bod gossip.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua salah limesherbet |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss lps try mkn Chicago Chicken, Texas Chicken trs lidah dah x nk ke KFC .. harga lebih kurang je..tp lg sedap n ayam lebih beso dr KFC.. anak2 iolss skrg ni kalo sebut KFC mcd mmg semua tolak... Baik mkn chicken rice shop katanye...pd iolss KFC dah x sebest dl2.. zmn iols kecik2,remaja dl sedap ayam dia...skrg ni Makin kecik Makin x sedap Makin mahaii kecuali promosi... |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 18-12-2023 01:01 AM
Iolss lps try mkn Chicago Chicken, Texas Chicken trs lidah dah x nk ke KFC .. harga lebih kurang je. ...
Ayam goreng Texas Chicken pedas sangat, akak tak tahan makan pedas-pedas, nanti perut akak berak-berak
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 18-12-2023 01:07 AM
Ayam goreng Texas Chicken pedas sangat, akak tak tahan makan pedas-pedas, nanti perut akak berak-b ...
Dah try yg original ke..uolss ambik yg spicy ke..Yg iolss penah try x pedas sgt..pd iolss yg pedas ayam MCD.. iolss mkn sesuap dua je... trauma mkn ayam mcd |
|
|
|
|
|
|
| |
|