CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8467|Reply: 0

[Perak] Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 80 orang

[Copy link]
Post time 17-12-2023 12:18 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA APM melakukan pemantauan di Mukim Changkat Jong yang dinaiki air banjir susulan Sungai Bidor melimpah. FOTO ihsan APM

Teluk Intan: Mangsa banjir di Perak mencatatkan peningkatan pagi ini apabila seramai 80 orang daripada 25 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Ia berbanding 30 orang daripada tujuh keluarga yang direkodkan jam 7.30 malam tadi.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak setakat jam 10 pagi menunjukkan semua mangsa berlindung di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak yang dibuka secara rasmi jam 6 petang semalam.

Kawasan yang terjejas banjir ialah Batu 7, Batu 8, Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman dan Lorong Imam Khairi dalam Mukim Changkat Jong, di sini.


Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong dekat sini mencecah 3.8 meter (m) melepasi paras bahaya 3.50 m.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak pula melaporkan penutupan jalan persekutuan di dua daerah lain berikutan laporan tanah runtuh.

Di Batang Padang, JKR Perak sedang menyegerakan kerja-kerja pembaikan bahu jalan di Felda Trolak Selatan yang runtuh memandangkan ia adalah jalan utama dan membahayakan pengguna.

Jalan dibuka satu lorong untuk semua kenderaan.

Di Selama, JKR Perak sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan dan jalan dibuka untuk semua kenderaan.

Bagi mengelakkan kesesakan, pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kat-kepada-80-orang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.055996 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list