CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8876|Reply: 0

[Melaka] TMM2024: Premis depan Sungai Melaka sekitar Banda Hilir akan dicat semula

[Copy link]
Post time 17-12-2023 12:26 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Shadan Othman (tengah) dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kanan) menelusuri Sungai Melaka semalam, meninjau persiapan menjelang pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) - Foto FB MBMB

MELAKA: Sebanyak 70 premis berhadapan Sungai Melaka di sekitar Banda Hilir di sini, akan dicat semula dalam usaha memperindah dan menceriakan pemandangan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman, berkata kerja-kerja cat semula itu dianggarkan menelan kos lebih RM100,000 dan dijangka siap hujung tahun ini.

Kebanyakan bangunan terbabit, katanya, adalah bangunan lama yang tidak diselenggara dengan sempurna serta memerlukan perubahan fizikal bagi mewujudkan daya tarikan, khususnya kepada pengunjung yang menelusuri Sungai Melaka menaiki Melaka River Cruise.

"Terdapat kekangan untuk kita melaksanakan inisiatif mengecat semula bangunan berkenaan. Perlu mencari dan berhubung dengan pemilik premis itu kerana kebanyakannya telah disewakan, ada pemilik yang membenarkan dan ada yang tidak mengizinkan.



"Bagaimanapun, kami sedang cuba berbincang dengan pemilik bangunan untuk mendapatkan keizinan mereka dan kita telah mendapat sumbangan cat daripada syarikat pengusaha cat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Mural Evolusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena TMM2024 di Tembok Balai Polis Melaka Tengah di Jalan Mahkamah, di sini malam tadi.

Mural sepanjang 80.19 meter dengan ketinggian 3.34 meter berkonsepkan tiga era perubahan PDRM - 1950, 2000 dan 2020 itu, dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.

Selain itu, Shadan berkata, laluan kontra sebagai alternatif memasuki Banda Hilir menerusi Jalan Banda Kaba dan Jalan Chan Koon Cheng, telah mula beroperasi bagi mengurangkan kesesakan trafik pada hari pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan.

Laluan itu akan dibuka setiap Sabtu, bermula 6 petang hingga 12 tengah malam dan anggota penguat kuasa MBMB akan membantu melancarkan perjalanan trafik. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... da-hilir-akan-dicat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058530 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list