CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12989|Reply: 0

[Selangor] Kejadian pertama sejak 23 tahun lalu, bunyi dentuman, jeritan jiran

[Copy link]
Post time 17-12-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode

Puah ketika ditemui di lokasi tanah runtuh di Taman Wawasan Puchong di sini, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

SERDANG – Kejadian tanah runtuh yang berlaku malam semalam di Taman Wawasan, Jalan Puchong di sini merupakan kejadian pertama sejak taman perumahan itu mula diduduki penduduk sekitar tahun 2000.

Berkongsi pengalaman ngeri itu, seorang penduduk dikenali sebagai Puah, 70 berkata, sejak mendiami kawasan itu kira-kra 23 tahun lalu tiada sebarang kejadian tanah runtuh dikesan berlaku sebelum ini.

Malah katanya, kejadian malam tadi itu sangat mengejutkan penduduk terutamanya yang tinggal berhampiran lokasi runtuhan.

“Ketika kejadian, saya dan ahli keluarga berada di dalam rumah. Isteri saya yang mula-mula dengar dentuman disusuli jeritan jiran. Waktu itu kira-kira pukul 7 petang dan keadaan masa itu tengah hujan lebat hujan.

“Bila keluar dari rumah, kami lihat ada tanah runtuh selang beberapa rumah. Ada empat buah kereta terjatuh ke bawah cerun. Ini kejadian pertama sejak saya beli dan tinggal di kawasan ini sekitar tahun 2000,” katanya ketika ditemui di kawasan runtuhan, di sini hari ini.

Walaupun rumahnya tidak terjejas, Puah memberitahu dia bersama tiga lagi ahli keluarganya kini menginap di rumah sewanya berdekataan taman tersebut.

“Saya bimbang jika ada lagi pergerakan tanah sebab itu kami sekeluarga tinggal di rumah sewa berdekatan. Tetapi jika pihak berkuasa benarkan kami diami semula rumah itu, kami akan pulang,”katanya yang memberitahu rumahnya kira-kira 20 meter dari kawasan runtuhan.

Dalam pada itu, seorang pesara swasta tidak menyangka bunyi pokok patah disusuli dentuman kuat rupanya petanda berlaku tanah runtuh di hadapan rumahnya

Abd Rahim Md Ali, 72, berkata, ketika kejadian dia bersama tujuh ahli keluarga terdiri daripada isteri, seorang anak dan empat cucu berada di rumah yang dibelinya sejak lebih 23 tahun lalu.

Menurutnya, dia sedang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib sebelum terdengar bunyi pokok patah disusuli dentuman kuat.

“Saya menjenguk melalui tingkap bilik di tingkat atas kediaman dan nampak pokok tumbang lalu saya segera turun ke bawah sebelum isteri beritahu tanah runtuh.

“Saya buka pintu lihat hadapan rumah dah jadi gaung, kami sekeluarga terpaksa lari selamatkan diri melalui pintu belakang,” katanya.

Tambah beliau, dia turut mendengar jeritan beberapa jiran bersebelahan sebelum mereka sekeluarga keluar menyelamatkan diri. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... uman-jeritan-jiran/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055260 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list