CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30962|Reply: 0

[Selangor] Bantuan RM1,000 untuk keluarga mangsa tanah runtuh

[Copy link]
Post time 17-12-2023 05:54 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan suasana tanah runtuh pada tinjauan ditempat kejadian tanah runtuh yang berlaku di hadapan sebuah rumah di Jalan Wawasan 3/4 Pusat Bandar Puchong, lewat petang semalam. FOTO ASWADI ALIAS

Puchong: Sembilan keluarga yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan, di sini, semalam akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.

Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata, bantuan terbabit akan diserahkan kepada setiap keluarga pada 10 pagi esok.

"Saya sudah berjumpa mangsa dan difahamkan ada sembilan keluarga terbabit. Esok bermula 10 pagi mereka boleh datang ke pejabat Ahli Parlimen untuk menerima bantuan RM1,000 satu keluarga.

"Kemungkinan bantuan akan ditambah lagi minggu depan kerana kerja pembaikan ini mungkin memakan masa dua minggu.


"Justeru, kita menyediakan sedikit peruntukan ini untuk mereka menginap di hotel buat sementara," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, seramai 29 penghuni di sembilan rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan itu diarahkan berpindah selepas berlaku runtuhan tanah.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan empat kenderaan terjunam ke dalam runtuhan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mangsa-tanah-runtuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.145002 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list