CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25769|Reply: 4

[Jenayah] Bapa Zaharif belum mampu jamah makanan

  [Copy link]
Post time 17-12-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin (Kanan) kelihatan sebak ketika menceritakan kembali kejadian yang menimpa anak lelakinya, Muhammad Zaharif Affendi, yang maut dalam kemalangan di Taman Jati, pada semalam. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 DISEMBER 2023.

IPOH – Bapa pelajar lelaki 17 tahun yang maut dilanggar kereta, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, sejak peristiwa hitam itu sehinggalah hari ini tidak mampu menjamah makanan kerana sentiasa terkenang arwah anaknya Muhammad Zaharif Affendi.

“Sampai hari ini pun, dia (Muhd Zamrie) masih belum makan apa-apa, kecuali air (minum) sahaja. Dia tidak boleh makan… apabila teringat dekat anak, dia tak mampu nak suap makanan, nasi pun tak boleh, air saja yang boleh tampung,” kata ibu mangsa, Mimi Julia Ismail, 50, kepada pemberita di rumah mereka di sini, hari.

Kelmarin, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Kemalangan kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa Muhammad Zaharif Affendi, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Mimi Julia dalam sebak menyatakan, beliau masih tidak dapat menerima cara arwah anaknya itu meninggal dunia.

“Saya memang tidak boleh terima anak saya mati dibunuh. Kalau dia mati kerana merempit (menunggang motosikal secara berbahaya) pun saya tak kisah, tetapi dengan niat…. kenapa dia kena langgar sampai macam itu, polis pula itu, dia tahu undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Muhd Zamrie berkata, beliau tidak boleh berada dalam situasi tertekan kerana keadaan itu boleh menyebabkan dia rebah akibat mengalami masalah kesihatan.

“Saya cerita berterus terang, saya baru sahaja lepas membuat operation bariatric, lebih kurang dalam satu tahun. Jadi masalah pemakanan saya memang kurang. Saya tak boleh di bawah tekanan, apabila bawah tekanan ataupun terlampau letih saya akan tumbang, itu sahaja,” katanya.

Petang semalam, Muhd Zamrie rebah semasa Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri tiba di kediamannya.

Beliau ditenangkan oleh Mohd Yusri serta orang sekeliling yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan. – BERNAMA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mampu itu memang pelik.  Nothing to see here.  Next!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 10:35 PM | Show all posts
Pitam2 selepas Bariatric Surgery ni tentulah kerana Dumping Syndrome
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 17-12-2023 10:35 PM
Pitam2 selepas Bariatric Surgery ni tentulah kerana Dumping Syndrome

Dumping syndrome tu macamana?

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 05:10 AM | Show all posts
Mengaku pun motor anak kau bising abis kau buat apa je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061827 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list