CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24536|Reply: 8

[Jenayah] Langgar lari: Pegawai polis akan dihadapkan pertuduhan bunuh

  [Copy link]
Post time 17-12-2023 10:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_almondpecan at 17-12-2023 10:56 PM

Pegawai kanan polis yang terlibat dalam insiden langgar lari yang meragut nyawa seorang pelajar di Perak akan didakwa atas tuduhan bunuh.

Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan ringkas berkata, ada cukup bukti dan keterangan untuk mendakwanya atas pertuduhan itu, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

AGC berkata, pegawai kanan tersebut - yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah - akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh esok, sebelum kes dipindah ke Mahkamah Tinggi.

Dalam insiden yang berlaku Jumaat lalu, pegawai tersebut yang memandu Perodua Ative didakwa melanggar pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Muhammad Zaharif Affendi Mohd Zamrie yang sedang menunggang motosikal.



Remaja berusia 17 tahun itu mati ditempat kejadian selepas cedera di bahagian dada dan abdomen.

Suspek dilaporkan melarikan diri. Lelaki berusia 44 tahun itu kemudian ditangkap dan polis memberi jaminan siasatan akan dibuat dengan telus.

Keluarga mangsa terutama bapanya, Muhd Zamrie Zainal Abidin dalam keadaan amat berduka dengan apa yang terjadi.

Terdahulu, Bernama melaporkan Muhd Zamrie tidak makan sejak hari kematian anaknya.

"Sampai hari ini pun, dia (Muhd Zamrie) masih belum makan apa-apa, kecuali air (minum) sahaja. Dia tidak boleh makan... apabila teringat dekat anak, dia tak mampu nak suap makanan, nasi pun tak boleh, air saja yang boleh tampung," kata isterinya, Mimi Julia Ismail.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/690407

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 11:11 PM | Show all posts
haruslah anak kesayangan mak ayah .. 10 tahun beza nan kakak ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami rakyat marhaen bersama anda pakcik..  Sekurang2nye dapat la rase bau2 keadilan tu arini setakat ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2023 11:24 PM | Show all posts
Maaf, saya check tadi mungkin terlepas pandang ada thread lain dah wujud. Mohon dimerge di bawah thread tu atau padam saja. Tkasih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau anggota Polis tu kautim dgn orang dalam kat PDRM...lepas gitu je sbb ada kabel besar.. sama kes tumbuk dan pukul tukang jahit tu gak
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 08:15 AM | Show all posts
Takziah untuk family ni. May justice be served. Anyway sedap nama mak arwah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-12-2023 07:52 AM
Kalau anggota Polis tu kautim dgn orang dalam kat PDRM...lepas gitu je sbb ada kabel besar.. sama ke ...

Dah masuk mahkamah pun secara sorok sorok, tutup kepala dm baju hitam. Tiada sesiapa pun sedar bila.Dah tu masa keluar  dgn kerete , OKT diescot dgn 5 buah kerete polis...jgn kata muka susuk tubuh OKT pun tak nampak...aku kesian je dgn reporter dn netizen yg ada disitu..rasa mcm sia sia buang masa.  Apa foto  utk media pun takde..
Nampak sgt dia ni dapat layanan istimewa. Pemjenayah  level vvip.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 18-12-2023 11:09 AM
Dah masuk mahkamah pun secara sorok sorok, tutup kepala dm baju hitam. Tiada sesiapa pun sedar bil ...



apa pun tak nampak.. kesian je wartawan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 11:18 AM | Show all posts
kalau org lain.. mn ade eskot 2 ni.. mana adil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.087895 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list