CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4514|Reply: 0

[Selangor] Seorang maut, empat cedera gara-gara penutup longkang

[Copy link]
Post time 18-12-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba sedang mengangkat salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

SABAK BERNAM – Perjalanan pulang lima sekeluarga bertukar tragedi apabila kereta dinaiki terbabas dan melanggar penutup longkang sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut di Sungai Nibong, Sekinchan, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.58 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, keluarga itu dalam perjalanan pulang dari Sungai Bera menuju ke rumah mereka di sekitar daerah ini. Setibanya di tempat kejadian, kereta Proton Saga yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar struktur penutup longkang simen.

“Kemalangan itu melibatkan lima individu iaitu seorang lelaki dan dua wanita dewasa serta dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 13 tahun. Seorang wanita disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an pula tersepit di bahagian pemandu dan tiga lagi mangsa lain turut mengalami kecederaan. -KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... a-penutup-longkang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.080688 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list