CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7799|Reply: 7

[Jenayah] Mak Dah Kurus, Kesian Anak Kena Panggil Gemok!

[Copy link]
Post time 19-12-2023 01:43 PM | Show all posts |Read mode


Kalau bercakap pasal isu body shaming ini, kita selalu anggap mereka yang sudah dewasa saja yang akan berhadapan dengan masalah sebegini.

Tapi tak sangka pula, budak kecil yang masih di bangku sekolah pun boleh jadi mangsa body shaming dengan rakan-rakan di sekolah.
“Anak aku luahkan dia pernah dipanggil ‘GEMUK'”

Menerusi perkongsian pempengaruh Norreen di TikTok, dia telah menceritakan pengalaman anaknya pernah dipanggil gemuk oleh rakan di sekolah.

Dalam video itu, Norreen mengatakan anaknya tetap kelihatan cantik dalam apa jua keadaan walaupun dipanggil terlalu tinggi, mempunyai kaki besar dan tubuh badan yang gemuk.

Namun bila ditanya ada tak orang di sekolah memanggil anaknya gemuk, Norreen terkedu dengan jawapan anaknya Ellen yang memberitahu dia pernah dipanggil gemuk.

    Ellen tanya kawan, dia cakap ‘eh gemuknya’. Ellen cakap dengan dia, saya mana ada gemuk. Saya kurus. Mak saya cakap saya kurus. Kalau awak cakap saya gemuk, nanti mak saya marah,” katanya.

Individu yang mengutuk anaknya kemudian terdiam apabila menerima jawapan dari budak itu. Ellen juga berkata, dia tidak kisah jika dipanggil gemuk dan sebagainya, yang penting dia happy.

Menerusi ruang kapsyen, Norreen sempat menegur ibu bapa untuk mengajar anak masing-masing supaya tidak mudah menghakimi orang lain berdasarkan paras rupa dan saiz badan.

Dia juga mengakui menahan air mata dari menangis kerana sedih dengan apa yang menimpa anaknya itu.

“Dia baru berumur 8 tahun. Dan Alhamdulillah, dia berjaya untuk lawan para bakal pembuli ini di sekolahnya yanng memanggil dia sebegitu (gemuk). Sebab saya selalu ingatkan dia yang kita sebenarnya cantik dengan cara kita tersendiri.

“Dia masih kecil, yes dia berisi comel-comel manja but takpelah. Nanti dia dah besar sikit, dah getting busier at school, tau la dia nak melawo.

“Kepada ibu bapa di luar sana, ajarlah anak kita untuk tidak judge orang based on rupa ke body size. Teach our kids to appreciate ourselves and be kind to everyone. Always be confident dengan diri sendiri. Itu penting.

Aku menahan air mata aku. Alasan cakap langsir berhabuk. Because i dont want to be seen crying in front of her. IM SO PROUD OF ELLEN. Mommy so proud of you. I love you Ellen,” katanya.

Video berkenaan mendapat pelbagai komen daripada netizen yang memuji cara Norreen mendidik anaknya dan berharap para ibu bapa dapat mengambil posting ini sebagai iktibar dalam mengajar anak-anak untuk tidak memerli orang lain kerana paras rupa.

Good job Ellen! Abaikan je kata-kata kawan yang macam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2023 01:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2023 02:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
i pun selalu kena jgk zaman kecik..i kan tembam..gebu gebu mcm itik gitu dr kecik..selalu kena hina dan buli ckp i bambam...adik i kuwus..benci..pastu i strt diet dr umo 12 thn lg..masa i umo 13 thn tu kan..i bkn gemok bsr tu..i mcm ank dara yg umo 18..mcm org xkn caya i still bdk gitu.sbb badan i mcm  perempuan dewasa....i bila i masuk form 1 i pulak strrt buli org sampai skrg i akan buli new staff.hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2023 09:07 PM | Show all posts
boikot noreen
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga.. ingatkan nama dia noreen..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2023 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols plak dulu kurus...ada yg mulut celupar nor ckp iols mcm drug addict...i hope they dont live with one la...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
asal ckp gemuk je kata body shaming padahal yg dok kata org kurus kering, kurus melidi, rendah renek tu pun sama la body shaming tapi tidak la plak org sensitif beno.
bg i semua tu bentuk fizikal gambaran org terhadap kita kalau dah gemuk takkan nak ckp kurus. lain la kalau ckp gemuk mcm badak, kurus tggi lbh krg zirafah, tembam mcm babi...ni betul body shaming. super hanattt yg ckp mcm ni kat org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.221079 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list