CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20608|Reply: 23

[Politik] Diberi tempoh 3 minggu, semoga kena sampai tinggal panties & coli….

  [Copy link]
Post time 20-12-2023 03:56 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 20-12-2023 08:05 AM

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepala Batas Dr. Siti Mastura Muhammad diberi tempoh tiga minggu dari sekarang oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, bagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam kes saman fitnah yang dikemukakan tiga pemimpin DAP terhadapnya.

Saman itu berhubung ucapan Siti Mastura dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Kemaman, yang mana saman tersebut difailkan secara berasingan oleh Pengerusi DAP Lim Guan Eng, bapanya Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim selaku plaintif pada 27 November lepas.

Peguam Datuk S.N Nair yang mewakili tiga pemimpin itu berkata mahkamah mengarahkan Siti Mastura selaku defendan memfailkan pernyataan pembelaan sebelum atau pada 11 Januari 2024 depan selain turut mengarahkan ketiga-tiga plaintif memfailkan jawapan kepada pembelaan tersebut sebelum atau pada 26 Januari 2024.

“Mahkamah menetapkan 9 Februari 2024 untuk pengurusan kes selanjutnya,” katanya.

Peguam itu mengesahkan demikian selepas pengurusan kes secara e-Review di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin.

Selain Sankara, ketiga-tiga plaintif turut diwakili peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin manakala peguam Mohamad Hakim Faharmi Hassan mewakili Siti Mastura selaku defendan.

Menerusi pernyataan tuntutan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya Chin Peng serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Mereka mendakwa ketika ceramah pada 4 November lepas, defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.

Ketiga-tiga ahli politik itu menegaskan bahawa dakwaan defendan adalah tidak berasas, palsu serta berniat jahat kerana sengaja mengaitkan mereka dengan parti komunis serta Chin Peng.

“Tindakan defendan jelas sekali didorongi dengan tipu muslihat untuk mendapatkan publisiti bagi menaikkan imej parti politik defendan ,” menurut ketiga-tiga plaintif.

Oleh itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kenyataan sama.

https://www.kosmo.com.my/2023/12/19/siti-mastura-ada-3-minggu-jawab-saman-guan-eng/



Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 35 Users voted

Count down: 348 Days12 Hours55 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
memang terciduk
parti PN pun tiada sokong dia
dia pun ego tidak minta maaf
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 06:07 AM | Show all posts
Defend je la, ckp dia hanya baca maklumat dari buku BN tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Lenkali jgn buat Pala Tau. Dgr ceramah dia berdegar2 mcm dia Tau semua. Apa yg dia dedah tu just skit saja. Katanya lah
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana nak cekau duit..
Minta.derma.la.mcm ustat lagi sorang tu...
Eksiden pung mintak.bantuan..

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 08:02 AM | Show all posts
Tin Melooo?
….ahgichew!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2023 08:04 AM | Show all posts
Macam tak biasa..nama aje islam
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 20-12-2023 07:22 AM
Lenkali jgn buat Pala Tau. Dgr ceramah dia berdegar2 mcm dia Tau semua. Apa yg dia dedah tu just ski ...

MO sama je derang ni ... ini baru dedah sikit katanya nanti dia akan tunjuk bukti lagi banyak..ala mcm mb satu negeri litar motor tak siap bila berkemoen fitnah org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
walau aku tak suka DAP, tapi saman aje la dia ni.. berani cakap berani tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 08:45 AM | Show all posts
taliban dan fitnah berpisah tiada..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya hanya baca bu.... ku... Yang ditulis Bee...end
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 09:07 AM | Show all posts
emmm..hadaplah .. time ckp tak pk ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 09:09 AM | Show all posts
yang ustaz sekor tu accident leps tu minta derma bantu

yang ustazatah sekor ni pun mesti ada tin milo sebab naik turun mahkamah.

pelik aku dengan terpaling isley ni...semua jenis penunggang agama
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 09:23 AM | Show all posts
tunggang je la selagi ada keldai nak jd tunggangan ahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 10:12 AM | Show all posts
bukan ke pmpuan sentiasa betol
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Knapa tak saman Presiden Umno.
Sumber dari risalah BN khenn.

Waliwat, waliwatit cinkies pilih kasih ke, mentang2 la dah comolot dgn Umno...
Muah..muah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 11:41 AM | Show all posts
akibat ambik calon tangkap muat jadi jalon pru dulu..ingatkan kalah rupa2nya menang..padan muka org pala batas dapat MP bodoh takde function
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham aku pemimpin PAS guna buku2 UMNO sebagai rujukan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 12:50 PM | Show all posts
Dengan kepala otak dia sendiri pun boleh fikir info tu tak betul, dah kenapa sebarkan juga? Takkan lah bodoh sangat PHD holder ni, MP some more. Betullah tu moga tinggal spender koyak je lepas kena saman. Tuhan pun laknat manusia gini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 03:28 PM | Show all posts
boleh buat dengan AI
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.682657 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list