CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20762|Reply: 0

[DUNIA] Cubaan membina pesawat seperti UFO, eksperimen yang masih gagal untuk membuat pesawat menembusi angkasa raya

  [Copy link]
Post time 20-12-2023 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan membina pesawat seperti UFO, eksperimen yang masih gagal untuk membuat pesawat menembusi angkasa raya






Kisah tentang UFO dan makhluk asing telah diperkatakan sejak dahulu lagi. Bahkan, jangan terkejut jika ada usaha untuk cuba meniru dan membina pesawat UFO dengan harapan ia dapat terbang laju, tinggi serta senyap.

Dakwaan paling awal mengatakan bahawa saintis Nazi di Jerman telah cuba meniru membina pesawat terbang seperti UFO. Seorang saintis Itali pada zaman Perang Dunia Kedua mendakwa bahawa beberapa buah bentuk piring terbang (UFO) telah direka dan dikaji di Jerman dan juga Itali seawal tahun 1942.

Pada tahun 1940-an, seorang jurutera Jerman, Rudolf Schriever mendakwa telah mereka bentuk sebuah pesawat yang berfungsi menggunakan kipas turbin yang berpusing. Menurutnya lagi, projek tersebut telah diusahakan oleh beliau serta pasukannya di kilang BMW di Prague.

Usaha itu berterusan sehingga bulan April 1945 sebelum dia melarikan diri ke Czechoslovakia. Malangnya selepas dia melarikan diri, rekaan piring terbang berkenaan telah dicuri dari bengkelnya. Kehilangan itu disedari pada tahun 1948. Jurutera ini percaya, kehilangan itu ada kaitan dengan agensi perisikan Czech.

Semua dakwaan tentang pesawat UFO yang dibina oleh Nazi tidak mengemukakan sebarang bukti yang kukuh. Jadi kita bolehlah anggapnya sebagai satu cerita sensasi untuk memberi mata ganjaran pada saintis Jerman yang memang hebat pada zaman tersebut.

Nazi pernah dikatakan cuba membina pesawat seperti UFO yang boleh digunakan dalam peperangan.
Ramai saintis Jerman yang berhijrah ke Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua telah berjaya menghasilkan bom atom, membina kapal angkasa dan sebagainya. Tetapi tidak ada seorang pun yang berjaya membina sebuah pesawat seperti UFO! Jadi, dakwaan Nazi Jerman pernah membina pesawat UFO adalah tidak tepat.

Jika pesawat UFO memang wujud, sudah pasti ia mempunyai teknologi yang sangat canggih. Teknologi ini pasti berkurun jauh ke hadapan daripada sebarang teknologi yang manusia miliki pada masa kini.

Untuk terbang laju di angkasa raya, sesebuah kapal angkasa perlu memiliki tiga ciri utama iaitu logam badan yang boleh tahan kelajuan yang menghampiri kelajuan cahaya. Kedua, logam tersebut mempunyai keupayaan anti-graviti. Dan ketiga, pesawat tersebut memerlukan teknologi tenaga kuasa elektro magnetik.

Logam anti-graviti tidak ditemui di Bumi tetapi ada di sesetengah planet lain. Ada meteorit (tahi bintang) yang ada keistimewaan anti-graviti. Bila meteorit ini diletak beberapa inci di atas tanah, besi yang diletak di atasnya akan duduk terapung.

Kapal angkasa milik Amerika Syarikat ataupun Rusia tidak memiliki ketiga-tiga ciri tersebut. Sebab itu ia tidak berkeupayaan untuk terbang laju jauh ke angkasa raya.


Antara prototaip pesawat UFO yang pernah dibina.
Jika semua jurutera angkasa lepas duduk semeja dan berbincang mengenai rupa bentuk serta aerodinamik yang paling sesuai bagi sesebuah kapal angkasa, maka apa yang akan tertera pada lukisan pelannya akan menyerupai sebuah UFO.

Disebabkan beribu-ribu deskripsi rupa bentuk UFO telah dibuat oleh orang awam di seluruh dunia tanpa sebarang ilmu di bidang aeronautik menunjukkan gambaran yang diceritakan saksi-saksi UFO mempunyai asas yang benar. Jika mereka berkhayal, sudah tentu rupa bentuk UFO akan lebih mirip kepada pesawat terbang yang biasa kita lihat pada hari ini.

Projek Khas Membina Pesawat UFO

Pada 2 Disember 1950, satu projek yang dikenali sebagai Project Magnet telah ditubuhkan oleh Bahagian Pengangkutan Kerajaan Kanada. Projek tersebut diketuai oleh seorang jurutera radio bernama Wilbert B. Smith. Projek ini aktif sehingga pertengahan tahun 1954 dan secara rasminya berakhir pada 1962 apabila ketua projek meninggal dunia.

Objektif projek tersebut adalah untuk menerokai kesesuaian tenaga kuasa magnet Bumi sebagai bahan propulsion (kuasa pendorongan) untuk pesawat udara. Smith serta rakan-rakannya percaya jika UFO benar-benar wujud, fenomena ini adalah kunci untuk memahami sumber tenaga kuasa tersebut.

Pada bulan Jun 1952, Smith mengeluarkan sebuah laporan yang menyokong kemungkinan UFO datang dari angkasa lepas serta menggunakan teknologi kuasa magnet untuk penerbangan. Laporan lain yang dikeluarkan pada 1953 telah membuat kesimpulan yang sama.

Pada 11 Februari 1953, akhbat The Toronto Star melaporkan bahawa sebuah piring terbang (UFO) telah dibina oleh syarikat Avro di kilangnya di Malton, Ontario, Kanada.

Dan pada 16 Februari 1953, Menteri Pertahanan Kanada memaklumkan pada kabinet di Ottawa bahawa Avro-Canada telah membina model piring terbang yang dapat terbang pada kelajuan 2,400 kilometer (KM) sejam serta dapat naik ke udara secara menegak. Ini hanyalah teori di atas kertas. Pesawat sebenar yang menyerupai UFO belum lagi dipandu uji.

Presiden Avro-Canada pula dalam buletin syarikatnya menambah bahawa prototaip yang mereka bina sangat revolusi hinggakan semua bentuk pesawat supersonik lain akan nampak ketinggalan zaman. Beliau hanya bercakap tentang rupa bentuknya. Elemen terpenting iaitu enjinnya langsung tidak disebut.

Pada tahun 1960 tanpa sebarang penjelasan, Project Magnet telah ditamatkan. Prototaip yang dibina telah dihantar ke muzium Tentera Udara Amerika Syarikat di Fort Eustis di Virginia.


Prototaip pesawat UFO yang gagal.
Projek tersebut telah disambung oleh Tentera Udara Amerika dengan nama Avro Car. Dua buah prototaip telah dibina. Malangnya projek tersebut telah gagal dan ditamatkan pada September 1961.

Projek tersebut gagal kerana pesawat yang dibina tidak stabil dalam penerbangan, tiada kuasa yang mencukupi, ia tidak dapat terbang tinggi, tidak laju serta enjinnya menyedut kotoran dari tanah.

Kegagalan utama prototaip UFO ini terletak pada enjinnya. Jurutera Avro menggunakan konsep kipas seperti yang terdapat pada helikopter atau pada enjin jet. UFO sebenar tidak menggunakan sebarang kipas atau enjin jet. Teknologi kita masih jauh lagi untuk mengupas dan meneroka konsep enjin yang sesuai bagi sebuah pesawat UFO.


Prototaip yang kini dijadikan bahan pameran di muzium tentera di Amerika.
Kerajaan Amerika tentu bimbang jika pihak Rusia menemui dulu teknologi yang ada pada UFO. Sudah tentu saintis mereka giat menjalankan kajian di Area 51. Pernah dilaporkan dahulu sebuah pesawat baru dan terpantas milik Amerika telah hilang di lautan Pasifik sewaktu dalam ujian penerbangannya.

Kita tidak tahu apakah status sebenar dalam usaha meniru pembinaan pesawat terbang yang menyerupai UFO. Apa yang pasti, sudah tentu ada projek sulit yang sedang dijalankan. Sama ada projek tersebut akan berjaya ataupun tidak, ia akan bergantung pada tiga ciri utama yang disebutkan di awal tadi. Tanpa ketiga-tiga ciri tersebut, pesawat yang dihasilkan ini tidak akan terbang laju di angkasa lepas.

Jika kita berjaya mendapatkan ketiga-tiga ciri tersebut, terdapat satu lagi perkara utama yang kita perlu tahu. Ibarat kata, kita telah berjaya membina kereta api tetapi tanpa ilmu tentang landasannya, tentulah kereta api tersebut tidak akan bergerak ke mana-mana.

Begitu juga jika kita sudah ada teknologi propulsi menggunakan kuasa elektromagnet, kita perlu tahu bagaimana hendak menggunakan teknologi ini di angkasa lepas. Seperti yang kita sedia maklum, angkasa lepas hanya satu vakum tanpa udara. Yang ada hanya kuasa graviti pada jasad-jasad samawi seperti planet, matahari serta objek-objek eksotik yang lain seperti blackhole, pulsar dan sebagainya. Tenaga kuasa yang lain ialah elektromagnet. Bagaimana hendak guna tenaga kuasa semula jadi ini dengan sistem propulsi pesawat UFO yang kita bina?




Sumber:https://utusantv.com/2023/12/18/ ... mbusi-angkasa-raya/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.058331 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list