CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8988|Reply: 37

[Jenayah] “Berbaloi ke untuk tidak menghormati saya?" - Cikgu Terkejut Pelajar Bermulot Puaka Persis Acik Porum, Takut Akhirnya Meninggal Dunia Sebagai Seorang Yang Gagal!

[Copy link]
Post time 21-12-2023 01:48 PM | Show all posts |Read mode


APABILA bergurau tidak kena tempat, perkara yang tidak dijangka boleh berlaku.

Tanpa diduga, seorang guru dikenali sebagai Muhd Nur Halim atau Sir Halim dalam kalangan pelajarnya yang selama ini disenangi ramai kerana memiliki perwatakan santai dan kelakar berubah tegas kerana gurauan kasar.

Menerusi satu sesi pembelajaran secara dalam talian, Halim dilihat terganggu dengan komen seorang pelajar yang mengaitkan wajahnya dengan suspek yang didakwa di mahkamah berhubung kes kematian seorang pelajar Tingkatan 5 baru-baru ini.

“Sir macam pegawai yang (didakwa) langgar budak SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tu,” demikian tulis pelajar berkenaan di ruangan komen dan kemudian dibaca Halim.

Dengan reaksi wajah terkejut, Halim cuba mencari semula komen remaja berkenaan ketika bersiaran langsung.

“Macam inilah abang, kakak... boleh saya nak cakap sesuatu? Kelas dah berjalan selama 30 minit. Apa yang saya nak beritahu kat sini adalah benda yang paling penting tentang hormat.

“Bagi saya, penghormatan adalah sesuatu yang diperolehi dan bukannya diberikan. Kita ada ramai pelajar yang bersama dengan kita (sekarang),” katanya yang merupakan tutor mata pelajaran Sejarah dan Geografi.

Disebabkan mulut pelajar itu yang celupar, guru tersebut cuba menyampaikan sesuatu peringatan dengan maksud yang amat mendalam, namun menginsafkan.

“Saya jenis yang tak takut untuk sebut nama pelajar. (Tapi) saya takut apabila sebut nama awak... nanti masuk kelas Tingkatan 4, tiba-tiba ada orang cakap ‘eh bukan kau ke yang kena marah?’.

“Jadi kalau kena macam tu nanti, takut awak malu dan pada ketika itu saya dah tak kisah apa dah. Nanti apabila awak malu, akan tertekan.

“Apabila awak tertekan, akan tak belajar. Lepas tu awak akan anxiety. Akhirnya nanti awak akan meninggal dunia sebagai seorang yang gagal,” ujarnya.

Guru itu kemudian mengajukan soalan kepada pelajar berkenaan susulan sikap biadab yang dilakukan secara terang-terang di hadapan pelajar lain dalam sesi pembelajaran itu.

“Berbaloi ke untuk tidak menghormati saya? Itu je. Jika rasa berbaloi, teruskan,” katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pelajar berkenaan yang tidak menghormati guru terutama ketika sesi pembelajaran.

    Bagus cara sir ni, walaupun tengah geram dia tahu nak keluarkan bahasa rasional... siap ada kesan lagi.
    NETIZEN

Pada masa sama, ramai yang memuji sikap rasional guru tersebut yang cuba memberi nasihat dan pengajaran dengan cara yang meninggalkan kesan mendalam.

“Sir tu kelakar sangat tau. Tapi sekali sir tegur atau marah, memang takut.

“Syabas sir... gurau tak kena tempat. Kita dulu gurau dengan cikgu fikir 100 kali kot memang tak berani.

“Masa belajar dulu aku nak bergurau dengan guru pun tak berani.

“Wow balas dengan deep (mendalam) dengan cara yang baik. Bagus sir.

“Bagus cara sir ni. Walaupun tengah geram, dia tahu nak keluarkan bahasa rasional lagi siap ada kesan lagi,” demikian antara komen netizen.

Terdahulu, dilaporkan calon SPM, Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi maut selepas didakwa dilanggar pegawai kanan polis berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, pada 15 Disember lalu.

Sebelum kejadian, konflik dikatakan tercetus antara pegawai kanan polis berkenaan dan mangsa susulan tindakan remaja tersebut membuat bunyi bising menggunakan ekzos motosikalnya.

Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

Pegawai kanan polis berusia 44 tahun itu pada Isnin lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, atas tuduhan membunuh dan mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2023 02:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2023 02:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2023 02:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ada org mcm ni....
Bila kata rupa dia iras mcm org yg buat salah, akn sentap....
Tapi klu kata rupa dia mcm patahamin atau kerulmiang, senyum sampai ke telinga ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 02:30 PM | Show all posts
Tajuk x menahan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2023 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerjaya terpaling kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kick je la keluar pelajar tu kan kelas online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2023 05:46 PM | Show all posts
Sir Halim? Noble blood gituhh Kat sekolah ai dulu cikgu BI dipanggil Mr, Miss atau Mrs jer.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulah sejak bila cikgu english dipanggil Sir?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat sgt ka kami acik porum ni..smpai jd perumpamaan di tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 07:17 PM | Show all posts
itu la pelajar dan guru patut ada batas pergaulan,

sebab itu cikgu dulu malas nak bergaul sgt dgn anak2 murid...

jd anak2 murid hormat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 21-12-2023 06:19 PM
Jahat sgt ka kami acik porum ni..smpai jd perumpamaan di tajuk

Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga
Cc Acik @nolya
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 21-12-2023 02:29 PM
Memang ada org mcm ni....
Bila kata rupa dia iras mcm org yg buat salah, akn sentap....
Tapi klu kat ...

kalau i pun sentap org yg dikatakan sama tu bkn calang2 hanat perangainya, pembunuh plak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko belum kena mace cikgu2 SMK kena. Tapi tu la. Pelajar ni pun tengok cikgu juga. Mana deols boleh 'makan', deols memang ngap ratah habis. Tapi tu survival instinct la bagi aku. Sifat semulajadi manusia. Budak2 next gen terutama gen alpha ni memang jenis ekspresif terlebih tatakut jadi diri sendiri. Sebab tu lagi berani berbanding korang kertu2 dalam ni masa umo 13 tahun pon masih main dalam paya selut kalau korang budak kampung. Kalau budak bandar main Atari ka Nintendo if mak pak mampo dan tau console tu wujud. Budak2 sekarang mana hada pegang console game dah macam PS 5 tu golongan kertu ja main. Bebudak sekarang ni, henfon la jadik console jadik video player jadik walkman jadik segala2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cap_ayam replied at 21-12-2023 06:07 PM
Tulah sejak bila cikgu english dipanggil Sir?

Junior iols kt tmpt keje lama dulu panggil bos cina dia sir, sir
Mcm menjilat gaya dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh je dia jawab

Rupa mungkin sama
Tapi in shaa Allah perangai tak sama

Mudah

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 08:10 PM | Show all posts
she replied at 21-12-2023 07:56 PM
Boleh je dia jawab

Rupa mungkin sama

ye....boleh je jawab mcm tu

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 21-12-2023 07:47 PM
Ko belum kena mace cikgu2 SMK kena. Tapi tu la. Pelajar ni pun tengok cikgu juga. Mana deols boleh ' ...

Ak dah lama nk tny ko sis.. Ko jd cg ni x kn apa2 penyakit ke.. Ada kwn ak sorang mcm2 penyakit ada sbb stress dgn bdk2Yg kurang ajo... yg mn parents pun kurang ajo.. Belum lg tangkap budak beromen mak bpk x percaya.... Haa sorang kazen ak ckp student dia siap masturbate dlm kelas... Ak klu jd cg mau gile jadinya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 21-12-2023 04:46 PM
Sir Halim? Noble blood gituhh  Kat sekolah ai dulu cikgu BI dipanggil Mr, Miss atau Mrs jer.

Serupa cikgu matapelajaran ugama dipanggil setad atau setajah. Cikgu BM dibondakan. Guru besar pula ayahanda. LOLLLL
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.071103 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list