CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6027|Reply: 0

[Politik] Konvensyen Nasional Amanah bermula, jawatan Presiden jadi tumpuan

[Copy link]
Post time 23-12-2023 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Konvensyen Nasional Amanah bermula, jawatan Presiden jadi tumpuan


PEMILIHAN lima jawatan tertinggi termasuk Presiden dalam kalangan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan antara dinantikan pada Konvensyen Nasional parti itu yang bermula hari ini.

Pemilihan bagi penggal 2023-2026 itu menyaksikan 124 calon telah menyerahkan borang pencalonan, termasuk Presiden parti Datuk Seri Mohamad Sabu, dua Naib Presiden iaitu Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari serta Pengarah Strategi Amanah Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad.

Mohamad yang merupakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijadual memulakan atur cara konvensyen selama dua hari itu dengan menyampaikan pidato presiden pada kira-kira 10 pagi sebelum dibahaskan oleh perwakilan.

Jika dipilih semula, ia akan menjadi penggal terakhir bagi Mohamad untuk mengemudi parti yang mempunyai lebih 200,000 ahli itu.

Menurut perlembagaan parti, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang akan dipilih oleh perwakilan, dan seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.

Dalam pada, atur cara konvensyen juga menyaksikan satu taklimat khas berhubung perkembangan semasa situasi di Palestin akan diadakan dengan perkongsian disampaikan oleh wakil daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Ia akan disusuli dengan pembentangan dan perbahasan usul oleh perwakilan sebelum sesi pemilihan bagi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah 2023-2026 dijalankan esok.

— BERNAMA

Sumber:https://utusantv.com/2023/12/23/ ... siden-jadi-tumpuan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.183854 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list