CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12094|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Promosi pelancongan tempatan lemah punca ramai pilih Satun dan Hatyai

[Copy link]
Post time 24-12-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Pasar terapung Khlong Hae di Hatyai, Songkhla

Kuala Lumpur: Promosi pelancongan di Malaysia yang begitu lemah terutama sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir didapati menjadi faktor utama mengapa pelancong dari negara ini lebih memilih bercuti ke selatan Thailand.

Naib Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Kamarun Ab Rahman berkata, sejak berakhirnya PKP, dilihat semakin ramai warga Malaysia melancong ke selatan Thailand khususnya wilayah Satun dan Hatyai.

Katanya, ini tidak dapat dinafikan kerana perangkaan menunjukkan hampir sejuta pelancong Malaysia memasuki Thailand pada akhir 2022 dan ia sebenarnya amat membimbangkan untuk industri pelancongan dalam negara.

"Pelancong negara kita yang sedia ada ini sudah pun mengalih pandangan mereka ke lokasi menarik di selatan Thailand dan ada yang mengatakan bahawa daya tarikan ini berpunca daripada harga makanan, hotel dan mungkin juga cenderamata yang murah.



"Namun sebab apakah mereka ini lebih memilih bercuti di Thailand dan pada pandangan kami mudah saja, sebenarnya sejak PKP berakhir industri pelancongan di negara saya lihat promosinya sangat lemah.

"Kita membuat promosi di negara luar seperti di Asia dan Eropah selain menyertai pameran bertaraf antarabangsa, tetapi mereka tidak datang ke Malaysia.

"Malah, kita lihat sendiri promosi di negara kita sangat kurang dan jika dulu kita ada program Cuti-Cuti Malaysia dan lihat bagaimana sambutan orang ramai terhadap program ini, sekarang promosi seperti ini kurang dan kalau ada pun saya lihat hanya kerajaan Sabah dan Sarawak yang betul-betul membuat promosi.

"Tetapi di Semenanjung Malaysia sangat kurang promosi yang begitu serius dibuat oleh agensi yang terbabit," katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas mengenai kecenderungan rakyat Malaysia melancong ke Thailand yang dikatakan berpunca kos penginapan hotel, malam dan cenderamata lebih mahal di Malaysia.

Kamarun berkata, beliau sendiri sudah melawat ke selatan Thailand dan mendapati sebenarnya perkara itu (kos hotel, makanan dan cenderamata yang murah) adalah sesuatu di luar jangkaan.

"Satu perkara lagi ialah selepas berakhirnya PKP produk pelancongan kita sangat merudum, malah usahawan pelancongan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan untuk baik pulih inap desa mereka.

"Di negara kita juga sebenarnya banyak lagi produk seperti kraftangan tidak dipromosikan sebaiknya. Oleh kerana itu mengenai pandangan orang ramai mengatakan produk Thailand lebih murah sebenarnya tidak tepat.

"Jika kita usahakan tempat pelancongan dalam negara terutama di Semenanjung ini, saya yakin pelancong tempatan lebih memilih melancong di dalam negara.

"Sekiranya, tiada penambahbaikan produk atau promosi pelancongan dibuat secara holistik, tidak mustahil kita akan terus mengalami penghijrahan pelancong ke Thailand," katanya.

Beliau berkata, di Thailand tidak semua barang atau makanan murah, ada juga yang mahal, sama juga seperti Malaysia, justeru semua pihak perlu memainkan peranan untuk menarik bukan saja pelancong tempatan melancong di negara ini, malah pelancong asing.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ih-satun-dan-hatyai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047863 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list