‘Cukuplah menyanyi di live TikTok’, PU Syed tegur MB Kedah
Pendakwah selebriti, PU Syed tampil menegur Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan tular beberapa video wakil rakyat Pas itu ralit berkaraoke ketika bersiaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini.
Bukannya bekerja keras menyelesaikan masalah rakyat, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu malah dilaporkan sibuk berkaraoke dengan seorang wanita sehingga jam 2 pagi.
PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, perkara tersebut tidak seharusnya diteruskan dan Sanusi sepatutnya jika mahu berkaraoke, lakukan sahaja di rumah sendiri tanpa perlu ditunjukkan kepada masyarakat.
“Bagi pandangan saya yang bukan ulama, orang kata ustaz cap ayam je ni, saya berharap perkara ini tidak diteruskan dan tidak dibuat lagi selepas ini
“Kalau boleh, kalau datuk seri nak berkaroke atau apa sahaja, buatlah secara diam-diam di rumah sendiri, tak perlu kita tunjuk pada masyarakat.
“Sebab status datuk seri adalah seorang Menteri Besar mewakili parti Pas. Datuk seri mempunyai jawatan yang besar.
Jadi benda-benda macam ini walaupun tak ada kesan bagi datuk seri, tetapi bagi kami orang yang beraliran agama ini memandang perkara ini sangat tidak bagus,” katanya dalam satu video yang di muat naik di akaun TikTok rasminya.
Penceramah pro Pas itu juga berkata, tindakan Sanusi itu hanya akan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin.
Syed juga menasihatkan agar Adun Jeneri itu berhenti melakukan perbuatan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dalam keadaan rakyat sendiri hidup susah.
“Saya harap nasihat ini sampai kepada datuk seri dan boleh sama-sama kita tegur menegur antara satu sama lain .
“Apa yang bagus kita sokong, apa yang tidak baik kita tegur. Dalam keadaan kita tengah susah payah sekarang ini, kurang-kurangkan lah kita tunjuk perkara seperti itu agar mendapat manfaat kepada semua,” katanya lagi.
Aku skang lyn live que haidar je kt tt..mg berejam aku dgr crita2 dr Palestine.. sapa2 yg nk derma dipersilakan..keadaan kt Palestine skang teramat2 teruk
Post time 2-1-2024 11:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nusi nieyh dah lah mulot capoi, suka hina orang sana sini, ropa tak herloks, jagalah sikit kelaku as mb negeri pas. Pasai pa hang melalak hingaq dengan anak dara orang pukoi 2 pagi? Esok hang tak kija ka nusi oii?
Post time 8-1-2024 10:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Innrukia replied at 8-1-2024 09:34 AM
yg bergelek atas stage segala lagu tamil tu hangpa okay je pulak
hang yg hina fizikal dia pun ...
Sapa suruh nusi capoi hina orang dulu. Yang bergonjeng atas pentas tuew, ada hencap nusi sambil claim parti terpaling isley? Baidewei, iols tak kira parti now, mana² yang kelaku not my taste, iols tolak.