CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26703|Reply: 2

[Politik] PAS kemuka rayuan keputusan kes hutang Harakah

  [Copy link]
Post time 30-12-2023 01:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 30-12-2023 05:45 AM

PAS dan dua pihak lain menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 Dis lalu berhubung keputusan kes tuntutan hutang syarikat bekas pencetak Harakah.

Dua pihak terbabit ialah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, dan penerbit Harakah, Galeri Media Serbaneka Sdn Bhd.

Kedua-dua mereka bersama PAS menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Dis lalu.

“Perayu-perayu yang tidak berpuas hati dengan keputusan hakim mahkamah sesyen selain keputusan yang diputuskan selepas perbicaraan di Kuala Lumpur pada 5 Dis 2023 merayu kepada mahkamah tinggi terhadap keseluruhan keputusan tersebut.

“(Ia) memutuskan bahawa permohonan responden (kandungan 9) bertarikh 2 Okt 2023 untuk penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terhadap perayu-perayu atas tuntutan responden inter alia perayu-perayu membayar kepada esponden sebanyak RM656,233.69, faedah pada kadar 5 peratus setahun ke atas RM656,233.96 dikira dari tarikh 5 Disember 2023 sehingga tarikh penyelesaian penuh dan kos sebanyak RM3,000 di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012,” kata notis rayuan yang difailkan Tetuan Faizi & Associates yang mewakili perayu berkenaan.

Terdahulu Malaysiakini pada 5 Dis lalu melaporkan bekas pencetak Harakah memperoleh penghakiman terus mengarahkan PAS membayar hutang sebanyak RM656,233.69.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu membenarkan permohonan NAJ Resources (M) Sdn Bhd untuk penghakiman terus (keputusan tanpa perbicaraan penuh) terhadap ketiga-tiga defendan tersebut.

Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini, peguam bela plaintif Putra Taulan Rasul mengesahkan pihaknya menerima notis rayuan berkenaan semalam.

Menurutnya mahkamah menetapkan 11 Jan depan sebagai tarikh bagi pengurusan kes.

“Ya, mereka ada failkan rayuan. Notis rayuan diserahkan kepada kami pada 28 Dis.

“Tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 11 Jan 2024,” katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
hina betul tanak bayar hutang
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 12:40 AM | Show all posts
Mintak diskaun kew?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068028 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list