CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14643|Reply: 1

[Politik] Kenapa nak 'goyang'?

[Copy link]
Post time 31-12-2023 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Kenapa nak 'goyang'?


ANWAR Ibrahim. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) mempersoal, mengapa Kerajaan Perpaduan perlu bimbang dengan Langkah Dubai sedang mereka mengaku memiliki sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, turut menempelak pihak yang menuduh pemimpin BERSATU dan PAS mendalangi gerakan itu, kononnya ada berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kerajaan sudah memiliki majoriti dua pertiga, apa nak dibimbangkan?

"Kalau ikutkan, pimpinan ke Makkah lagi ramai terutama pada musim cuti (sekolah) ini. Tetapi tak ada pula ditimbulkan Langkah Makkah.

"Jadi tak perlulah mereka-reka cerita yang bukan-bukan, semata-mata kerana ada beberapa pimpinan berada di Dubai.


"Ia akan hanya menimbulkan pelbagai spekulasi. Lebih baik tumpu kepada permasalahan rakyat bahkan bahkan banjir pun belum selesai lagi," katanya kepada NSTP hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas desas-desus berlaku Langkah Dubai, yang didakwa digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan, dengan matlamat sama iaitu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Perkara itu didedahkan Timbalan Ketua Pengarah (Komunkasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop.

Selain pemimpin PN, Langkah Dubai juga didakwa disertai tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang termasuk dikatakan menggunakan 'sumber asing' untuk menggulingkan pentadbiran diterajui Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).



Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 3/kenapa-nak-goyang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2023 02:11 PM | Show all posts
musim tengkujuh gini ada orang gi pelanta minyak juga ke?  tanya je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.098227 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list