CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11026|Reply: 1

[Politik] Najib terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - Saksi

[Copy link]
Post time 3-1-2024 09:08 AM | Show all posts |Read mode



Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Razak menerima AS$681 juta daripada Tanore Finance Corporation disyaki wang rasuah yang digunakan oleh bekas Perdana Menteri itu untuk membeli undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Arifin, yang juga Pegawai Penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata, wang itu diterima melalui Falcon Private Bank Singapore yang dideposit ke dalam akaun AmPrivate Banking milik Najib sekitar 2013.

Tanore Finance Corporation adalah syarikat milik Eric Tan iaitu sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

Nur Aida yang bertugas di Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya berkata, aduan mengenai kemasukan wang itu diterima pada 4 Mei 2015 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

"Isi kandungan aduan tersebut antara lain menyatakan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan telah menerima suapan melalui dana awam pelaburan 1MDB berjumlah RM3.2 bilion untuk kepentingan peribadi beliau," kata saksi pendakwaan ke-49 itu.


Nur Aida berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

Saksi itu berkata, fokus siasatan adalah berhubung jumlah kemasukan wang yang sangat besar ke dalam dua akaun peribadi Najib di antara 2011 dan 2014.

"Ia berhubung Datuk Seri Najib yang dikatakan menggunakan kedudukan beliau bagi mendapat suapan dan sepanjang tempoh tersebut, beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

"Saya menjalankan siasatan berdasarkan dokumen yang diperoleh daripada beberapa pihak antaranya Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan," katanya.

Najib, 70, yang menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009, telah dilantik semula menyandang jawatan itu pada 6 Mei 2013 selepas Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen pada PRU13.

Beliau berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 09:16 AM | Show all posts
Rindu Najib....bebaskan Najib. Malu apa halal haram....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.184360 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list